KPDNHEP, MAFI Jamin Bekalan Telur Dan Ayam Tak Putus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan akan memastikan bekalan telur dan ayam tidak akan menjejaskan pengguna serta peniaga.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, KPDNHEP akan terus bekerjasama bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi berkaitan yang menjaga bekalan komoditi ini bagi memastikan pengguna dapat membeli barangan keperluan ini dengan mudah.

“Isu ayam dan telur terus diberi perhatian oleh KPDNHEP dan sebagai menteri bertanggung jawab, saya memberi jaminan tindakan proaktif akan terus dilaksanakan bagi memastikan kebajikan semua pengguna dan peniaga terjaga.

“Hari ini di Parlimen, saya mengambil peluang untuk duduk semeja bersama Timbalan ketua Pengarah (Operasi) Penguatkuasa KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil, Dr. Mohd Termizi Ghazali, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan Jabatan Veterinar, Mohd Hairul Zaki, Timbalan Setiausaha Bahagian dan Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP, Mazlina Ahmad bagi membincangkan beberapa isu berkaitan ayam dan telur.

“Antara yang disentuh adalah bekalan telur yang dikatakan kurang di pasaran,” katanya.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan negara dijangka berdepan krisis telur ayam menjelang bulan November dan Disember nanti berikutan bekalan semasa sumber protein itu kini menyusut antara 20 hingga 25 peratus daripada ke­perluan 30 juta biji sehari sejak dua bulan lalu.

Berdasarkan maklumat pemain-pemain gergasi industri pengeluaran telur, jika tidak ditangani segera, kekurangan bekalan boleh mencecah sehingga 40 peratus dan pengguna akan sukar mendapatkan telur sehingga tempoh sebulan.

Rakyat memerlukan kira-kira 30 juta biji telur sehari atau satu bilion biji sebulan di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat