BKN: Keluarga Malaysia Siaga Bencana Tema Hadapi Musim Tengkujuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Oktober diumum sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) dengan tema ‘Keluarga Malaysia Siaga Bencana’ bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan pelbagai pihak dari segenap lapisan masyarakat terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh / Monsun Timur Laut (MTL).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, penganjuran BKN juga adalah selaras dengan sambutan International Disaster Day yang disambut pada 13 Oktober setiap tahun.

“Tema BKN pada tahun ini adalah ‘Keluarga Malaysia Siaga Bencana’ kerana kesiapsiagaan bencana sebenarnya bermula dari rumah dan menjadi tanggungjawab setiap individu kerana semua orang mempunyai risiko terhadap potensi bencana.

“Semua pihak mempunyai peranan dan tanggungjawab bersama (shared responsibility) bertepatan dengan tema BKN 2021. Budaya kesiapsiagaan dalam kalangan rakyat perlu melibatkan kerjasama bersepadu semua agensi kerajaan bermula dari peringkat pusat, negeri dan daerah serta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk orang perseorangan,” katanya pagi ini.

BKNb 2021 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertempat di Pekarangan Laman Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr. Aminuddin Hassim serta ketua-ketua agensi berkaitan pengurusan bencana.

Ujar Abdul Latiff Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 (Sendai Framework) menekankan bahawa pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama, membudayakan latihan secara bersepadu, terencana dan berkesinambungan.

Katanya, semua rakyat perlu berusaha untuk memaksimumkan tahap kesiapsiagaan bencana bagi memastikan keselamatan nyawa diutamakan dan meminimumkan kemusnahan infrastruktur serta mengurangkan kerugian kepada masyarakat, industri, kerajaan dan negara secara keseluruhan.

“Kejadian bencana yang semakin kerap berlaku dan hadir dalam pelbagai bentuk mewajarkan kita untuk sentiasa bersiap sedia. Oleh itu, kesiapsiagaan masyarakat atau civil preparedness amat penting untuk diterapkan ke dalam Keluarga Malaysia supaya ianya menjadi satu budaya.

“Masyarakat perlu sentiasa bersedia dan bukan hanya mengharapkan bantuan agensi-agensikerajaan atau badan bukan kerajaan semata-mata ketika bencana berlaku.

” Sepanjang bulan Oktober ini terdapat 36 program dan aktiviti telah dijadualkan antaranya program Community Based Disaster-Risk Management (CBDRM), Webinar: Mengenali hazad dan bencana di dalam dan sekitar Malaysia, Forum Iklim Kebangsaan- Monsun Timur Laut 2021/2022 dan Tabletop Exercise (TTX)
Pengurusan Bencana Bagi Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2021/22.

“Aktiviti dan program ini adalah anjuran NADMA dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi serta NGO,” ujarnya.

Tambah beliau, program berterusan dengan perancangan rapi dan kerjasama akrab di antara semua pihak sudah tentu akan dapat meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan
dan memberikan natijah yang baik.

“Sehubungan itu, semua pihak diharap dapat memberikan komitmen yang tinggi selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pengurangan risiko bencana agenda penting negara dalam menjadikan pengurusan bencana lebih mapan.

” Pihak Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan koordinasi dan penyelarasan pengurusan bencana dapat diuruskan dengan lebih cekap dan efisien agar mangsa-mangsa bencana mendapat perlindungan serta bantuan yang sewajarnya daripada semua pihak. Budaya kesiapsiagaan bukan hanya amalan pada bulan Oktober sahaja tetapi menjadi suatu norma berterusan sehingga kita dapat mencapai community resilience,” tegas Abdul Latiff.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat