Pertubuhan Wanita Muda Negara Sokong Cadangan Bantuan Kepada Mahasiswa

- Advertisement -

TITIWANGSA – Ketua Wanita Muda Negara, Ainie Haziqah menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan pemberian bantuan minima sebanyak RM500.00 kepada para mahasiswa.

Menurut beliau, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, pertubuhan Wanita Muda Negara, di bawah NGO Penggerak Komuniti Negara telah menerima banyak aduan berkenaan permasalahan mahasiswa untuk mengikuti kelas secara dalam talian (online distance learning).

“Rata-rata menyebutkan bahawa mereka memerlukan kos yang tinggi untuk melayari internet bagi sesi pelajaran live streaming (secara langsung), memuat turun video/nota-nota kuliah, mencetak nota/kertas ujian dan berinteraksi secara online bersama rakan-rakan/pensyarah secara dalam talian.

Ini disulitkan lagi apabila terdapat mahasiswa yang tidak mempunyai peranti elektronik semasa yang membolehkan mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajian secara efektif,” kata beliau di dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pertubuhan itu hari ini.

Ainie Haziqah turut berkata, kos yang tinggi akan ditanggung oleh para mahasiswa bagi pembelian data dan juga peranti elektronik yang amat diperlukan pada ketika ini.

“Pergerakan Wanita Muda Negara faham akan dilema yang dihadapi oleh kerajaan persekutuan, kerana mungkin di dalam perkiraan perbelanjaan negara, ada perkara yang perlu didahulukan bagi manfaat yang lebih besar.

Namun begitu, kami tetap berharap agar pihak kerajaan pada ketika ini dapat mempertimbangkan pemberian bantuan secara one-off ini kerana ia benar-benar akan dapat membantu para mahasiswa dalam usaha mereka untuk menimba ilmu,” tambah beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat