Saya Akan Kembali Bertugas Esok – Hishammuddin Hussien

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn memberitahu bahawa dirinya sudah diberi perlepasan kuarantin wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengeluarkan surat perlepasan kuarantin tersebut.

“Saya telah melakukan kuarantin wajib di kediaman sendiri semenjak 22 September lepas dan telah menjalani tiga ujian saringan Covid-19 dan kesemuanya memberikan hasil negatif.

“Dengan pengesahan ini, saya akan kembali bertugas di pejabat saya di Wisma Putra, Putrajaya mulai esok, jelasnya melalui kenyataan facebooknya.

Pada kesempatan itu juga, Hishammuddin turut berkongsi dengan memuat naik laporan perubatan ujian saringan dan gelang “pink” yang telah dipotong dilaman media sosialnya.

Jelas Hishammuddin lagi, pelepasan dari menjalani “Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman Bagi Kontak Terdekat Jangkitan (COVID-19) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)” kepada dirinya bermula dari tarikh hari ini, 5 Oktober 2020.

Sebelum itu, perintah kuarantin wajib dikenakan keatas dirinya disebabkan beliau mempunyai hubungan kontak rapat dengan calon Barisan Nasional (BN) Pitas, Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif Covid-19 ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sabah yang  pada 21 September lepas. -SuaraTV

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat