Ismail Sabri Tidak Mahu Bahayakan Pengamal Media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memperjelas pembatalan saat akhir sidang media harian hari ini.

Katanya, pembatalan itu telah mencetuskan tanda tanya.

“Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini.

“Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan COVID-19 seperti memperkenalkan PKPB zon Kota Kinabalu termasuk Penampang dan Putatan.

“Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad al- Bakri didapati positif Covid-19.

“Saya berada di dalam mesyuarat tersebut. Oleh itu saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test dan balik ke rumah untuk ‘self-quarantine’?” jelas Ismail Sabri.

Beliau berkata, sekiranya sidang media itu diteruskan ia merisikokan pengamal media yang hadir.

“Saya tidak mahu sidang media saya itu boleh membahayakan para media.

“InsyaAllah esok keputusan swab test saya itu akan keluar.

“Doakan agar keputusan swab test nanti negatif,” catatnya di Facebook.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat