Sungai Tercemar Najis Babi, Penduduk Bangkit Bantah

- Advertisement -

PULAU PINANG – Belum lagi reda krisis bekalan air yang melanda Lembah Klang akibat pencemaran industri di Sungai Gong, Klang, semalam, penduduk Tasik Gelugor, Pulau Pinang pula mendedahkan pencemaran najis kumbahan babi yang dilepaskan ke dalam sungai.

Hampir 40 tahun penduduk Tasik Gelugor terpaksa hidup dengan menghirup udara daripada najis babi yang diternak di kawasan penempatan Melayu malah menjejaskan pendapatan nelayan darat dan juga pesawah.

Aktivis masyarakat Pulau Pinang, Muhsin Latheef berkata, sudah hampir 40 tahun penduduk Tasik Gelugor bergelumang dengan air najis babi.

“Air sungai yang bersih dan jernih bercampur dengan air dari ladang babi, ada juga insiden babi dibawa keluar dari kandang untuk dihantar ke rumah sembelihan tetapi menggunakan jalan di mana pasar malam sedang diadakan.

“Sudah lama penduduk Tasik Gelugor terhimpit dengan pencemaran najis babi di sungai, peternak babi kaya dengan pendapatan jual babi, kami di sini sembahyang dalam masjid terpaksa tahan bau babi, buat kenduri kendara terpaksa hidu bau busuk,” katanya.

Menurut Muhsin, beratus ribu ekor babi dibela di Tasik Gelugor dan penduduk tidak mahu pencemaran tidak terkawal ini akan menjadi buruk seperti Sungai Kim Kim di Johor.

“Pada April 2020 dalam hansard Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Exco Pertanian, Industri Berteraskan Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin berkata, kerajaan negeri tidak ada niat langsung untuk mengurangkan populasi babi kerana ia menjadi dana pendapatan yang terus meningkat bagi Pulau Pinang.

“Dengan kenyataan itu terbukti kerajaan negeri tidak menghiraukan pendapatan pesawah dan nelayan darat ini yang majoritinya Melayu, Islam,” katanya.

“Kami ada hak untuk hidup dalam suasana yang selesa, kami undi wakil rakyat di sini untuk bela nasib, tapi berlaku sebaliknya, kami kesal. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat