Dua Kapal Pengangkut Pesawat US Kini Di Laut China Selatan

- Advertisement -

LAUT CHINA SELATAN: Dua buah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, masing-masing USS Ronald Reagan dan USS Nimitz, kini berada di satu tempat di Laut China Selatan atas nama menjalankan latihan.

Setiap satu kapal pengangkut pesawat ini membawa ‘Battle Group’ sendiri, terdiri dari kapal pelbagai jenis untuk menyokong operasi masing-masing. Antaranya kapal dari jenis Korvet, Frigat, Destroyer, logistik dan lain-lain – termasuk kapal selam.

Latihan untuk kononnya ‘menyokong kebebasan dan keterbukaan Indo Pacific’ itu, dipercayai diadakan di satu tempat yang menjadi pertikaian antara negara-negara berhampiran dengan China yang lebih jauh – meliputi jarak seluas 1,500km.

“Tujuannya adalah untuk menunjukkan isyarat yang jelas kepada rakan dan sekutu kami bahawa kami komited terhadap keselamatan dan kestabilan serantau”, kata Laksamana Muda George M Wikoff seperti dipetik oleh Wall Street Journal, media pertama yang melaporkan tentang latihan berkenaan.

China dan Amerika Syarikat saling tuduh menuduh antara satu sama lain tentang siapa yang lebih dulu menimbulkan ketegangan di kawasan laut yang strategik itu.

Pada masa yang sama, hubungan tegang turut wujud atas semua perkara dari coronavirus, perdagangan hingga masalah yang sedang berlaku di Hong Kong – Al Jazeera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat