PRK Chini: Pakatan ‘Cerdik’ Sebab Tak Bertanding & Masa Depan PN

- Advertisement -

DARI segi rekodnya, pakatan pembangkang atas apa nama sekalipun, tidak pernah gagal menyertai mana-mana pilihanraya kecil di negara ini – kecuali ketika BN menjadi pembangkang.

Tidak kisah selemah mana pun sokongan di kawasan itu buat mereka, bertanding tetap bertanding.

Sejarah bagaimanapun tercatat dalam PRK Chini yang tamat semalam, bila buat pertama kalinya pakatan pembangkang tidak meletakkan calon secara rasmi dan hanya dikaitkan dengan menyokong seorang calon Bebas.

Begitupun, jika melihat kepada keputusan malam tadi, ternyata keputusan pakatan tidak meletakkan calon itu, tepat dan cerdik.

Calon BN (kini ADUN), Mohd Shahrim Md Zin bukan sahaja mengekalkan keunggulan BN dan meningkatkan majoriti hampir 3 kali ganda di kawasan berkenaan, bahkan turut menambah jumlah undi yang diterima berbanding PRU14 kepada hampir 2,000 undi – semuanya hasil kerja keras, strategi berkesan, termasuk kesudian PAS untuk tidak meletakkan calon.

Sekurang-kurangnya seorang (atau semua sekali) calon Bebas yang bertanding hilang wang deposit kerana undi diperoleh tak sampai minima peratusan yang ditetapkan.

Bercakap tentang PAS, keputusan semalam juga membuktikan momentum sokongan terhadap Muafakat Nasional sejak kerajaan pakatan tumbang Februari lepas, semakin meningkat.

Dari hari pertama lagi jentera PAS tampil membantu jentera BN termasuk bekas calon mereka yang tewas di kawasan sama dalam PRU14,menjadi pencadang kepada calon BN dalam PRK kali ini.

Ditengah-tengah, hampir ke penghujung kempen itulah pun baru ada bantuan dari parti lain.

Ini seterusnya menimbulkan persoalan adakah Muafakat Nasional memerlukan tambahan parti politik baru dalam gabungan mantap sedia ada atau teruskan begini saja?

Fikir, fikir, fikir….

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat