PRK Chini Satu lagi Kemenangan Moral Buat Kepimpinan Zahid Hamidi

- Advertisement -

Selepas Tanjung Piai dan Kimanis, Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meneruskan rentak kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, Pahang.

Calon Barisan Nasional, Mohd Sharim Md Zain menang besar dalam pilihan raya kecil Chini mengalahkan dua calon bebas. Mohd Sharim meraih 13,872 undi daripada keseluruhan 15,231 pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini.

Walaupun Pakatan Harapan (PH) tidak menurunkan sebarang calon namun Chini ada cabaran tersendiri. Kebimbangan tetap ada kerana kemungkinan akan wujud sentimen undi simpati kepada calon bukan kerajaan dalam PRK.

Pun begitu dengan sokongan kuat dari Barisan Nasional Pahang yang dipimpin oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy dan pengaruh Ahli Parlimen Pekan sendiri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta PAS, akhirnya Barisan Nasional berjaya meyakin pengundi untuk terus memberi undi kepada kawasan tradisi BN ini.

Zahid Lulus Tiga Cabaran Besar

Sama ada disedari atau tidak, tiga PRK terakhir memberi cabaran berlainan kepada kepimpinan Ahmad Zahid dan pada hemat penulis beliau telah lulus dengan cemerlang.

Pertama ialah cabaran dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, kerusi tradisi MCA di kawasan majoriti Melayu. Sungguhpun terdapat desakan dalam UMNO agar meletak calon Melayu menentang Bersatu, Zahid berjaya meyakinkan Majlis Tertinggi UMNO dan pimpinan PAs agar memberi sokongan kepada calon BN dari MCA ini.

BN mempertaruhkan calon BN dari MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menentang calon Melayu, Karmaine Sardini dari Bersatu. Hasilnya BN berjaya merampas Parlimen Tanjung Piai dari tangan PH.

Keputusan PRK ini sangat siginifikan kerana ia menunjukkan Zahid berjaya mengekalkan semangat perpaduan dan tolak ansur dalam BN.

Malah ini juga membuktikan kualiti kepimpinan Zahid yang berjaya meyakinkan Pas untuk turut serta memberi sokongan kepada calon BN dari MCA ini.

Cabaran kedua ialah PRK Kimanis, Sabah.

UMNO Sabah hampir lumpuh apabila sebahagian besar Ahli Parlimen, ADUN dan Ketua Bahagian meninggalkan parti tersebut selepas PRU lepas. Zahid menyusun semula UMNO Sabah dan memberi kuasa autonomi parti berkenaan di sana.

PRK Kimanis cabaran yang getir kerana ia berlangsung di Sabah berhadapan parti Warisan yang menguasai jentera kerajaan negeri dan PH yang menguasai jentera kerajaan Persekutuan.

Warisan turut memainkan sentimen negeri dan anti-semenanjung. UMNO digambarkan secara tidak adil sebagai parti semenanjung sedangkan Shafie sendiri pernah menjadi Naib Presidennya.

Namun Zahid memimpin jentera UMNO dan bantuan Bung Mokhtar dan Rahman Dahlan telah membantu calon BN Datuk Mohamad Alamin melakukan kejutan besar. Mohamad Alamin menumpaskan calon heavyweight Warisan Datuk Karim Bujang dengan majoriti lebih tinggi dari PRU lepas.

Cabaran ketiga berlaku dalam PRK Chini ini. Chini membawa cabaran berbeza. ia berlangsung ketika kepimpinan Zahid dikritik oleh segelintir pihak dalam UMNO. Mereka menuduh Zahid melemahkan parti dengan mengadakan kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional.

Chini getir juga getir kerana ia adalah PRK pertama selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebarang kekuarangan undi akan memberi gambaran protes kepada kepimpinan Zahid dan boleh ditafsir sebagai Presiden telah hilang pengaruh dalam parti kerana menyertai PN.

Namun ternyata BN bukan sahaja berjaya mengekalkan kerusi tetapi juga menambah majoriti undi.

Sedikit sebnayak ia adalah bukti ahli UMNO memberi kepercayaan kepada Ahmad Zahid untuk meneruskan kepimpinan parti dalam memasuki Pilihan Raya Umum akan datang.

Sama ada disedari atau tidak, kemenangan di Chini ini juga menjadikan Zahid telah melepasi tiga cabaran utama dengan cemerlang.

Zahid memimpin BN mendapatkan semula semangat dan keyakinan dalam kalangan pengudi Cina, mengekalkan semangat perpaduan BN, memulihkan keyakinan pengundi Sabah kepada BN dan UMNO, dan kini memenangi hati engundi Melayu pasca pembentukan kerajaan PN. – Suara TV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat