RM 26.45 Juta Untuk Projek Naik Taraf SMK Nabawan – Arthur

- Advertisement -

NABAWAN — Sebanyak RM26.45 juta diperuntukkan bagi pembinaan bangunan baharu bilik darjah dan pembinaan kuarters guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Nabawan penghujung tahun ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kira-kira RM4 juta daripada jumlah peruntukan telah di salurkan untuk pelaksanaan kerja-kerja awal.

“Skop projek termasuklah pembinaan bangunan baharu 12 bilik darjah serta lain-lain kemudahan dan juga pembinaan gantian 1 blok kuarters guru (8 unit) bertingkat di sekolah tersebut.

“Pembinaan 12 bilik darjah ini akan memberi lebih keselesaan kepada para pelajar dan guru tingkatan enam SMK Nabawan, di mana sebelum ini mereka terpaksa menumpang di bangunan sementara SK Pekan Nabawan kerana kekurangan bilik darjah” jelas Arthur pada majlis Majlis Konvokesyen Tingkatan Enam SMK Nabawan Sesi 2021/2022 baru baru ini.

Arthur yang juga merupakan Ahli Parlimen Pensiangan berkata projek berteraskan keperluan rakyat mencerminkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan para pelajar di kawasan pedalaman tidak ketinggalan daripada mendapat infrastruktur dan persekitaran pendidikan yang selesa.

“Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seterusnya membolehkan para pelajar memberi lebih penumpuan terhadap pembelajaran,” katanya.

Dalam majlis yang sama beliau turut berkesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada bekas pelajar tingkatan enam SMK Nabawan bagi tahun 2021/2022 atas kecemerlangan yang telah dicapai.

Beliau berharap agar para graduan dan juga anak-anak jati Parlimen Pensiangan akan dapat bersama-sama beliau dalam mencambah idea dan buah fikiran untuk membangunkan Parlimen Pensiangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat