Bayar Segera RM120,000 Atau Aset Akan Disita, Mahfuz Beri Amaran Kepada Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta segera menyelesaikan saman fitnah sebanyak RM120,000 berserta kos tambahan atau notis kebankrapan bakal difailkan ke atasnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata sekiranya Sanusi terus melengahkan bayaran saman itu, beliau akan berbincang dengan peguam dalam tempoh terdekat untuk tindakan seterusnya termasuk menyita aset Menteri Besar itu.

“Saya kena minta peguam saya untuk bertindak membuat tuntutan itu atau saya akan tunggu nasihat daripada peguam sama ada nak failkan kebankrapan ke atasnya atau sita harta beliau yang berjumlah RM120,000.

“Itu saya hanya tunggu sajalah apa nasihat peguam yang boleh saya lakukan,” lapor BH di Alor Setar, semalam.

Mahfuz menyifatkan alasan Sanusi meminta beliau merujuk dan berurusan dengan peguamnya adalah tidak relevan kerana Menteri Besar itu sudah menangguhkan bayaran saman itu lebih dua minggu.

Katanya, Sanusi sepatutnya tidak perlu menunggu lebih daripada tempoh itu kerana perlu mematuhi keputusan mahkamah, termasuk membuat permohonan maaf.

“Kalau dia (Sanusi) nak memindahkan wang itu terus ke akaun saya iaitu RM120,000 campur RM15,000 iaitu kos mahkamah dan RM10,000 kos guaman, jadi keseluruhan RM145,000.

“Beliau boleh pindahkan terus secara dalam talian dan kongsi di WhatsApps, kemudian buat permohonan maaf. Jadi selesai.

“Tak perlu lagi melalui peguam dengan peguam, apabila sudah lebih tempoh 14 hari saya kena minta peguam saya bertindaklah,” katanya.

Pada 9 Oktober 2019, bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Sanusi melalui akaun Facebooknya pada 30 Julai tahun sama mengaitkan beliau dalam isu pemindahan premis judi ke kawasan itu.

Pada 3 April lalu, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah kes itu selain Mahfuz memohon untuk menaikkan saman terbabit daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Kelmarin, Sanusi dilaporkan meminta Mahfuz supaya menggunakan saluran peguam antara peguam untuk menyelesaikan isu bayaran saman itu dan bukannya meminta bayaran secara terus menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosial baru-baru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat