1,624 Individu Sudah Terima Suntikan Vaksin AstraZeneca Yang Bermula Hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 1,624 individu sudah menerima vaksin AstraZeneca di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khas di sini dan Selangor, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata 682 individu terbabit menerima suntikan itu di PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Universiti Malaya (UM) (449) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (493).

Seterusnya, beliau berkata, sebanyak 4,392 janji temu diberikan di tiga PPV berkenaan, hari ini, membabitkan 2,468 janji temu di PPV WTCKL, UM (996) dan UKM (928).

“Saya melihat sendiri perkembangan pemberian vaksin dalam lawatan, hari ini. Aliran prosesnya berjalan dengan baik.

“Hari ini, kita mula menggunakan pengendalian daripada pengamal perubatan swasta bagi membabitkan sektor swasta. Selama ini, ia hanya dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita menjangkakan lebih banyak PPV seperti ini akan dibuka pada fasa tiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Ini mungkin PPV mega pertama yang dapat menampung lebih 2,000 janji temu setiap hari.

“Kita ada perancangan untuk membuka PPV lebih besar apabila vaksin sampai dalam jumlah besar pada Jun dan Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau program suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela di PPV WTCKL, di sini, hari ini.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat