Covid-19: Semua Sekolah Di Selangor Ditutup Bermula Esok – Timbalan Menteri Pendidikan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat keputusan untuk menutup sekolah seluruh negeri Selangor mulai esok 6 Mei 2021.

Keputusan penutupan kesemua sekolah di negeri Selangor setelah mengambil maklum keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor yang mengesyorkan sekolah-sekolah di negeri Selangor ditutup, kata Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Muslimin Yahaya di laman Facebooknya.

“mengambil maklum keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor yang mengesyorkan sekolah-sekolah di negeri Selangor ditutup.

“Maka KPM membuat keputusan menghormati keputusan ini dan menutup sekolah seluruh Selangor mulai 6 Mei 2021,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JKKNS), Hj Izmi Ismail melalui kenyataan medianya berkata, penutupan sekolah diseleruh Negeri Selangor bermula pada 06 Mei 2021 sehingga 12 Mei 2021.

Menurutnya, Syor JKKNS ini adalah usaha untuk mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Cobid-19 di negeri Selangor.

“Mengambil kira bahawa sesi persekolahan secara bersemuka hanya berbaki dia (2) hari, maka KPM memutuskan agar semua sekolah bawah KPM di negeri Selangor ditutup pada 06 Mei dan 07 Mei 2021. Penutupan sekolah ini akan berterusan sehingga cuti hari raya Aidilfitri sepertimana yang diumumkan oleh KPM pada 26 April 2021.

“Pergerakan pulang murid asrama sempena cuti raya Aidilfitri tahun 2021 adalah sepertimana yang telah dijadualkan oleh pihak sekolah. Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibubapa serta penjaga, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan,” kata kenyataan tersebut. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat