Komponen BN kata kenyataan Zahid tak betul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Komponen BN menempelak kenyataan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebaliknya berkata bahawa mesyuarat BN pada Rabu lalu mengambil ketetapan untuk tidak membuat sebarang andaian dengan titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung sidang parlimen.

“Saya terkejut dengan kenyataan Pengerusi BN. Mesyuarat BN tidak pernah menyokong sebarang keputusan untuk merayu Seri Paduka agar menitahkan mengadakan parlimen dengan segera,” katanya memetik Malaysiakini.
Selain MIC beberapa pemimpin BN tampil mengesahkannya.

“Saya sahkan apa dikatakan oleh Viki (Vigneswaran) adalah betul,” kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup pula berkata: “Dewan Tertinggi BN tidak setuju berhubung kenyataan media yang dikeluarkan (oleh Presiden UMNO).”
Semalam, Ahmad Zahid membuat kenyataan bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang parlimen diadakan segera.

Zahid berkata Seri Paduka Baginda boleh menggunakan kuasa wewenang baginda di bawah Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, yang dibaca bersama Perkara 40 (2) perlembagaan persekutuan.

“BN (juga) mengesyorkan ahli-ahli Dewan Rakyat menyeru perdana menteri serta jemaah menteri untuk menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya sidang parlimen diadakan dalam kadar segera, apatah lagi setelah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dilonggarkan,” kata Zahid lagi.

Bagaimanapun, Vigneswaran juga bekas speaker Dewan Negara memberitahu bahawa kenyataan presiden Umno itu sebagai kurang tepat.

“Isu perlu mengadakan sesi parlimen memang dibincangkan.

“Tetapi, terdapat penjelasan daripada beberapa pihak bahawa Agong bukan menitah untuk mengadakan sesi parlimen dengan segera sebaliknya hanya mencadangkan bahawa parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri.

“Maka, kami mengambil pendirian untuk tidak membuat sebarang andaian dan tiada keperluannya untuk membuat sebarang kenyataan berhubung sesi parlimen,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat