Ketua Pegawai Media BN digantung kerja sebulan, salah siar kenyataan media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) bertindak menggantung Ketua Pegawai Media parti itu berhubung kekhilafan siaran media Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Individu berkenaan didakwa telah menyiarkan kenyataan Zahid yang mendakwa bahawa BN merayu kepada Yang di-Pertuan Agong agar menitahkan supaya sidang Parlimen diadakan segera sebagai tidak tepat,

Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata, merujuk kepada kenyataan media oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bertarikh 4 Mac 2021.

“Zahid telah mengarahkan agar sedikit kekeliruan terhadap kenyataan media berkenaan.

“Adalah atas kekhilafan seorang pegawai Sekretariat BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan dengan itu Mohamad Sahfri telah mewujudkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman pada pagi ini bagi membincangkan penyiaran kenyataan media Pengerusi BN yang tidak mendapat kelulusan pihak Sekretariat Dewan Tertinggi BN terlebih dahulu yang kurang tepat sebagaimana yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Maka setelah mendengar pandangan Jawatankuasa Sisatan Dalaman, saya telah menggantung tugas Ketua Pegawai Media BN bagi tempoh satu bulan berkuatkuasa serta merta.

“Ini juga bagi membolehkan proses siasatan dalaman dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci dan berkesan,” jelas beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat