Kalau betul “kluster mahkamah” nak lepas diri mesti dah ampu Bersatu – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas propaganda Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang memainkan modal “kluster mahkamah” tidak mahu berpakat dengan Bersatu dalam PRU-15.

Katanya, “kluster mahkamah” adalah antara propaganda yang digunakan J-KOM untuk menyerang UMNO yang tidak mahu berpakat dengan Bersatu dalam PRU15 walaupun dari permulaan terbentuknya kerajaan PN, UMNO telah dengan sangat jelas menyatakan pendirian ini.

Kata Najib, kononnya mereka yang tersenarai dalam kluster mahkamah tidak mahu berbaik dengan Bersatu sebab mahu melepaskan diri.

“Secara logik, mereka yang mahu melepaskan diri patut mengampu Bersatu- bukan tidak sehaluan dengan kehendak Bersatu.

“Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Samad didakwa menerima dana dari saya sebelum PRU14 sebab tidak mengampu Bersatu. Sebab itu, mereka dalam “kluster mahkamah”.

“(Datuk) Mas Ermieyati dan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed juga menerima dana dari saya sebelum PRU14 tetapi tidak didakawa setelah mengampu Bersatu. Sebab itu, mereka bukan dalam kluster mahkamah.

“Menteri kanan paling kanan kerajaan PN juga tidak didakwa atas alasan video tak cukup HD dan dengan itu, tidak tersenarai dalam kluster mahkamah sebab mengampu Bersatu.

“Senator Bersatu yang sendiri mengaku menerima dana antara RM50,000 hingga RM2 milion dalam kes Tan Sri Isa Samad juga tidak didakwa dan tidak berada dalam kluster mahkamah setelah mengampu Bersatu. Nampak tak? Kalau ampu, tiada kes. Senang sahaja. Bukan sebaliknya,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu “(jika ada JKOM atau penulis media sosial PH memberi komen di sini, tanya sahaja kenapa ‘member-member’ Bersatu di atas tidak didakwa dan tidak menjadi “kluster mahkamah”).

“Saya secara peribadi tak pernah minta kes-kes saya digugurkan sebab saya amat yakin saya tidak bersalah dan tidak pernah berniat jahat. Saya boleh jawab pada Allah.

“Malah, saya telah beberapa kali sebut perkara ini termasuk pada ketika kerajaan PH digantikan dengan kerajaan PN.
“Itulah pendirian saya dari permulaan kerajaan PN setahun dahulu dan saya tetap tegas denga pendirian itu sehingga kini.

“Sebab itu, jangan fitnah lagi kononnya saya mahu kes-kes saya digugurkan tanpa melalui proses mahkamah. Saya bukan pengampu,” tegas beliau. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat