Tiga kluster serang Presiden UMNO lepas suruh “all out” guna media sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya penyokong UMNO/BN “all out” memanfaatkan media sosial telah mencetus dan beliau kini menjadi sasaran kemarahan tentera siber tertentu yang mendorong mereka menyerang Facebooknya.

Zahid mendakwa ada tiga “kluster” yang menyerang dengan memperlekeh dan memutarbelitkan gesaan dibuatnya.

Tiga kluster yang didalangi musuh siber menyerang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu melibatkan “kluster fitnah”, “kluster cari makan” dan “kluster takut bos hilang kuasa”.

“Tentera siber marah serang akaun Facebook saya. Memperlekeh dan memutarbelitkan gesaan saya.

“Mungkin sebab makan cili rasa pedas atau mungkin juga kerana arahan. Wallahu a’lam,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau mendakawa, “kluster fitnah” itu melancarkan serangan kerana mereka bimbang rakyat tahu akan kebenaran bahawa mereka pernah diperdaya pemimpin tertentu.

“Kluster kuasa” pula katanya khuatir bos tentera siber terbabit hilang kedudukan apabila rakyat menyedari UMNO/BN tetap pilihan terbaik untuk mereka.

“Kluster cari makan pula takut (apabila) UMNO /BN bangkit kuat bos (mereka akan) hilang jawatan maka mereka apa pun tak boleh (buat dah),” catat Zahid.
Dalam pada itu, Zahid turut menyindir beberapa kumpulan musuh politik yang mula gelisah apabila rakyat mula celik mata dan menyedari bahawa UMNO dan BN konsisten membela nasib rakyat.

“Kepada yang memberi nasihat dan cadangan kita ucapkan ribuan terima kasih.

“Justeru saya pinta tuan-puan jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN terus fokus kepada agenda perjuangan parti,” katanya.

Zahid turut menggesa semua ahli UMNO terutamanya jentera parti itu agar tidak hilang fokus untuk terus bertempur di media sosial bagi memastikan parti mereka terus bangkit menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, pada 1 Mac lalu Zahid menggesa seluruh jentera UMNO/BN supaya tidak lagi berdiam diri dan berlengah daripada memanfaatkan media sosial.

Katanya platform tersebut penting dalam menyalurkan maklumat yang tepat tentang UMNO/ BN.

Selain itu, Zahid berkata, ahli parti digesa memperkasa parti terbabit dengan fakta dan kebenaran, sambil mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minimum.

“UMNO/BN mungkin tiada peruntukkan khusus sehingga lebih RM40 juta untuk tujuan itu.

“Saya yakin dengan keikhlasan dan semangat perjuangan seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN kita mampu. Ini kali kita all out,” katanya.

Perkembangan terkini, UMNO kini berada pada posisi menolak kerjasama dengan Bersatu namun gerakan itu dilihat berdepan dengan beberapa kekangan termasuk daripada kalangan pimpinan parti itu sendiri. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat