UMNO Kini Di Bawah Cengkaman Anwar Ibrahim?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mendakwa pimpinan UMNO/BN kini berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, viral di media sosial kononnya kenyataan media Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang hampir sama dan bersifat ‘copy and paste’ kenyataan media Anwar.

“Ia satu lagi bukti pemimpin kini sudah di kuasai PH. Ini jelas membelakangi dasar parti tidak menyokong Anwar dan DAP.

“Selepas tersebar surat sokongan dan ikrar setia Presiden UMNO kepada Anwar yang disembah kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kenyataan media ini merupakan satu lagi bukti pimpinan UMNO kini berada di bawah pengaruh Anwar Ibrahim,” dakwa Ahli Parlimen Ketereh itu.

Ujar Annuar, paling dikesali, baru 24 jam yang lalu Dewan Tertinggi BN dalam mesyuaratnya memutuskan sekali lagi bahawa BN mengekalkan dasar tidak menyokong atau bersama PKR dan DAP.

Kata beliau sekarang jelaslah, bahawa segala keputusan parti tidak lagi dipatuhi dan parti cuba terus diheret untuk menjayakan agenda peribadi.

“Ahli dan akar umbi di persendakan pemimpin. Hasrat ahli ingin melihat semangat kesatuan parti parti berteraskan perpaduan Melayu semakin kabur.

“Peranan UMNO memperkasa muafakat bersama PAS semakin renggang. Sedikit demi sedikit UMNO diheret ke arah Anwar dan DAP. Kita semakin jauh dari aspirasi rakyat, terutama orang Melayu dan umat Islam.

“Saya tetap berpegang teguh kepada keputusan parti iaitu tidak menyokong Anwar dan tidak bersama DAP,” tegas beliau.

Annuar juga berkata beliau akan tetap mempertahankan dasar dan peranan UMNO adalah untuk menyatupadukan orang Melayu dan umat Islam.

“Saya masih utuh mendokong setiap ayat dalam piagam MN dan nota persefahaman UMNO -PAS yang saya turut terlibat menggubal dan membuat pengisytiharannya,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat