Email Pembaca: Asyraf Wajdi Semakin ‘Desperate’

- Advertisement -

Ketua Pemuda UMNO Dr.Asyraf Wajdi semakin desperate mengejar jawatan dan mengejar keduduoan, tidak pernah lagi ada KP UMNO seperti beliau yang mencatat hatrik kekalahan berturut-turut walaupun telah diberikan peluang,ruang, bajet, berpindah-pindah tempat bertanding bahkan kalah walaupun memegang jawatan Timbalan Menteri kerajaan.

Jika ingin bercakap dan berhujah soal kredibiliti dan kualiti, sebenarnya cukup menjadi penanda aras bahawa KP UMNO tersebut tersangat lah lemah dan tidak sesuai mengetuai jantera KP UMNO. Perlu ada seorg yg lebih muda, handsome, fit, bukan buncit, seperti Syed Saddiq atau Shahril Hamdan.

Sebenarnya KP UMNO, Dr Asyraf ini sedang berada dalam keadaan terdesak untuk memegang jawatan, hal ini dapat di lihat bagaimana beliau yang sering mendekati sesiapa sahaja tokoh yang memegang kuasa.

Rakyat sendiri melihat Asyraf sebagai tidak relevan, sebab itu Ashraf tidak sesuai sebagai Pengarah Ekonomi sebaliknya kepada Naib KP UMNO iaitu Shahril Hamdan lebih rasional, bijaksana dan berwawasan.

Bahkan KP UMNO itu di sekolahkan oleh Naib KP UMNO berkenaan isu KWSP dengan hujah dan fakta bukan hanya cakap-cakap berapi tidak berisi seperti kenyataan-kenyataan media Dr.Asyraf.

Asyraf suatu waktu dahulu pernah meminta Zahid berehat dengan begitu bersemangat sekali, sehingga pada akhirnya kerana risau tidak di berikan mandat dan tempat untuk bertanding, tanpa segan silu Dr.Asyraf kini beralih arah menjadi penjilat tegar Zahid Hamidi. Lihat lah, bilamana Zahid Hamidi tidak lagi menjadi Presiden UMNO maka Dr.Asyraf pasti akan menyelar dan menyerang beliau serta menjadi khadam abdi kepada Presiden UMNO yang baru pula.

KP UMNO tersebut juga hanya bersuara suam-suam kuku berkenaan isu Zahid dan Anwar menjalin kerjasama. Tiada halangan bagi beliau asalkan beliau di berikan jawatan. Itu sahaja, walaupun bukti audio perbualan Zahid dan Anwar telah terbukti tulen bukan cuma rekayasa semata-mata.

Bahkan saat TSMY memegang jawatan Perdana Menteri, KP UMNO tersebut tidak berfikir panjang dengan mengajak PPBM untuk menyertai semula UMNO, hanya untuk menarik dan “menjilat” TSMY yang merupakan PM pada ketika itu.

Padahal KP UMNO itu sendiri yang pernah mengatakan dengan begitu lantang bahawa PBBM mengamalkan dasar politik kotor. Tidak berpendirian dan mudah beralih arah kepada sesiapa jua yang memegang jawatan, begitu lah peribadi Dr.Asyraf yang sebenarnya.

Jika Pemuda UMNO ingin kembali bangkit sebagai suatu unit tegas dalam UMNO yang mampu mengubah dan menjadikan parti lebih baik, maka orang-orang seperti Dr.Asyraf patut di turunkan bahkan di rehatkan juga adalah lebih baik.

Kesimpulan, Ashraf sudah basi. Tidak relevan memandu pemuda untuk PRU15. Nasehat saya, carilah yang lebih gagah.

-RP-

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat