‘Memang di Indonesia begitu’ – Baby Shima

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dangdut yang mencipta nama di Indonesia, Baby Shima, 29, mengakui tindakan juri Gegar Vaganza 8 (GV8) Hetty Koes Endang mengajar peserta ketika memberikan komen terhadap persembahan mereka bukanlah sesuatu yang asing di negara itu.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, apa yang dibuat oleh Hetty atau lebih mesra dengan panggilan Bunda mungkin kerana terikut dengan gaya penjuriannya di sana.

“Ia sebenarnya bagus juga kerana membawa satu pendekatan baru untuk program realiti kita. Sekurang-kurangnya komen dibuat bersama tunjuk ajar bagi memperbetulkan kelemahan. Ia bukan sekadar komen berbunyi ‘persembahan awak malam ni menghiburkan’ atau ‘persembahan awak kurang menyengat’.

“Seperti saya kata tadi, mungkin rakyat Malaysia tak biasa, tapi Bunda buat begitu sebab dia terbiasa dengan budaya seperti itu ketika jadi juri rancangan realiti tv Indonesia,” katanya.

Terdahulu, ramai pihak melahirkan perasaan kurang senang atau rimas dengan gaya penjurian Hetty yang dikatakan berlebihan sedangkan peserta GV semuanya adalah penyanyi.

Shima yang pernah bergelar peserta pertandingan D’Academy Asia musim ketiga (DAA3) di Indonesia pada 2017 memberi contoh gaya penjurian rancangan terbabit serta Indonesian Idol, Rising Star dan banyak lagi sememangnya begitu.

“Penonton yang pernah tengok rancangan realiti TV Indonesia mungkin dah biasa nampak juri komen sambil memberi tunjuk ajar. Jadi, penonton di Malaysia pun mengapa tidak menerima cara baru ini. Di samping peserta dapat belajar, penonton pun boleh dapat sesuatu.

“Barulah mereka tahu juri itu ada ilmu dan berkualiti. Juri mengajar menandakan dia layak menjadi juri. Setakat komen semua orang boleh komen,” katanya.

Menurut Shima, secara tidak langsung barulah juri itu ada kerja dan menunjukkan kualiti bahawa dia bukan calang-calang.

“Contohnya Mami Mas Idayu, secara peribadi saya banyak belajar juga daripada dia dan juri lain selepas membuat persembahan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat