Juliana diiktiraf antara individu paling berjaya di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Che Puan Juliana Evans berjaya melakar sejarah apabila tersenarai antara individu paling berjaya di Malaysia oleh buku ensiklopedia Britishpedia terbitan British Publishing House, tahun lalu.

Juliana, 33, menyifatkan ia satu pengiktirafan dan hadiah paling bermakna sempena pembuka tirai 2022.

Namun, pelakon filem Hantu Bonceng dan Pulang itu terkejut apabila mengetahui namanya tersenarai dalam kelompok individu paling berjaya sebaris nama besar seperti bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam ensiklopedia berkenaan.

Juliana berkata, dia bersyukur atas pengiktirafan diterima di sebalik ujian pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia sejak dua tahun lalu.

“Ini satu pencapaian terbaik apabila tersenarai antara individu paling berjaya di Malaysia, tahun lalu. Sejujurnya, saya lebih banyak bekerja dari rumah menerusi perniagaan diusahakan, Jevans Jewelry sepanjang pandemik ini.

“Peluang ini membolehkan saya bekerja sambil menguruskan rumah tangga dengan baik. Dapat juga melihat anak, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia tiga tahun membesar depan mata,” katanya kepada BH Online.

Katanya, dia hilang kata-kata apabila menerima emel daripada British Publishing House pada November, tahun lalu.

“Saya anggap pengiktirafan ini pembakar semangat menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakar kejayaan.

“Buku ini seperti kamus, tetapi, menyenaraikan wajah-wajah individu berjaya disertakan dengan biodata, kerjaya dan pencapaian hidup. Ia seperti biografi pendek mengenai seorang individu. Selepas ditanya, buku ensiklopedia Britishpedia hanya boleh didapati di perpustakaan awam sahaja,” katanya.

 

Juliana menyifatkan penghargaan yang diterima menjadikannya bersemangat melakukan kerja yang terbaik, tahun ini. - Foto IG Juliana Evans
Juliana menyifatkan penghargaan yang diterima menjadikannya bersemangat melakukan kerja yang terbaik, tahun ini. – Foto IG Juliana Evans

 

Juliana berkata, jadualnya cukup padat dan tidak menentu sebelum pandemik.

“Namun, kerja seni terhenti seketika ketika pandemik. Ketika itulah saya dapat menggunakan komputer riba dan buat perniagaan dalam talian. Banyak perkara saya pelajari sehingga jenama Jevan Jewelry berjaya berkolaborasi dengan Tourism Selangor. Ini adalah impian yang berjaya dicapai, tahun lalu,” katanya.

Juliana berkata, penghargaan yang diterima juga menjadikan bersemangat melakukan kerja yang terbaik, tahun ini.

Namun, katanya, pasti ada yang menyukai dan sebaliknya setiap tindak tanduk dilakukan.

“Jadi, teruslah fokus mengejar kejayaan dan kekayaan. Usah terlalu terkesan dan ambil peduli dengan kata negatif netizen yang boleh melemahkan semangat.

“Saya sentiasa sematkan diri tidak perlu mengambil peduli dengan kritikan netizen yang suka menghakimi kehidupan orang lain. Nasihat saya, tutup sebelah mata dan hanya fokus mengenai apa yang ingin dilakukan,

“Kita juga tidak perlu heboh setiap perkara dilakukan sehingga ada pihak yang benar-benar mengiktiraf hasil kerja,” katanya yang baru sahaja muncul dengan filem Sa Balik Baju yang disiarkan di Netflix, baru-baru ini.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat