17 Kali Disuntik Vaksin, Dibayar Sehingga RM300 Tiap Kali Cucuk

- Advertisement -

SULAWESI SELATAN – Polis di Indonesia sedang menyiasat seorang lelaki yang menjadi ‘joki vaksin’ apabila mendakwa telah disuntik 17 kali sebagai pertukaran dengan wang tunai daripada golongan antivaksin supaya mereka boleh mendapatkan sijil Covid.

Abdul Rahim, dari Pinrang, wilayah Sulawesi Selatan, dalam satu rakaman video memberitahu dia adalah ‘joki’ bagi golongan antivaksin yang mahukan sijil vaksin, yang diperlukan untuk ke restoran dan pusat membeli-belah.

Memetik TribuneNews, dia berkata dibayar sehingga RM300 untuk mendapatkan suntikan vaksin Sinovac dan AstraZeneca buatan China, termasuk menerima tiga suntikan dalam satu hari.

Lima belas orang telah mengupah Rahim yang turut menerima dos kedua untuk dua individu yang antivaksin.

Warga Indonesia akan diberikan pengenalan apabila mereka mendapat vaksin tetapi terdapat penipuan termasuk dakwaan bagaimana klinik di beberapa kawasan melanggar peraturan.

Polis telah menangkap orang yang disyaki membayar Rahim untuk tujuan ini.

Mereka juga sedang mempertimbangkan pertuduhan terhadap Rahim di bawah Undang-undang Penyakit Berjangkit Indonesia, yang mewajibkan hukuman penjara setahun bagi sesiapa yang ‘menghalang pelaksanaan kawalan wabak.’

Penipuan itu muncul ketika negara itu merekodkan kes komuniti pertama varian Omicron pada hari Selasa.

Indonesia mencatatkan sejumlah 265 kes baharu pada hari Selasa, dengan purata 222 jangkitan dalam tempoh tujuh hari lalu.

Hanya lima kematian dilaporkan di negara dengan 274 juta orang itu.

Kes joki vaksin di Indonesia bukanlah kali pertama muncul.

Bulan lalu, didedahkan seorang warga New Zealand telah menerima 10 suntikan vaksin dalam satu hari selepas dibayar untuk mendapatkan suntikan oleh antivaksin.

Lelaki itu, yang tidak dikenali, berpura-pura menjadi orang yang berbeza setiap kali dia melawat doktor.

Pihak berkuasa percaya antivaksin membayar lelaki itu supaya mereka boleh menikmati kebebasan yang sama seperti yang orang yang telah divaksin tanpa perlu mendapatkan suntikan.

Rakyat New Zealand mesti menunjukkan pas vaksin untuk masuk ke premis perniagaan dan menghadiri acara di negara itu. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat