Yayasan Bank Rakyat Sumbang RM71 ribu untuk anak-anak yatim  

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menghampiri sesi pembukaan sesi persekolahan 2021, Yayasan Bank Rakyat (YBR) terpanggil untuk menyantuni anak-anak yatim dan asnaf di Teratak Ummi, Batu Caves dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM71, 725 kepada anak-anak tidak bernasib baik.

Menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah amalan mulia yang tidak pernah dilupakan YBR bagi memanfaatkan rakyat memerlukan.

Kesempatan berbual dan bermesra dengan 60 anak-anak yatim dan asnaf yang menghuni Teratak Ummi membuka mata betapa beruntungnya kita  dibesarkan dalam sebuah keluarga yang lengkap dan disayangi, sedangkan anak-anak di situ hanya menumpang kasih ikhlas Ummi, Fatmah Husin, 60 dan kakitangan yang menguruskan pusat berkenaan.

Meskipun hanya menyewa sebuah unit rumah di Taman Melewar, namun, kasih sayang dan cinta Ummi kepada anak-anak di situ terasa sempurna, mereka kelihatan begitu manja dan bahagia dengan layanan Ummi dan penjaga yang lain.

Fatmah memberitahu, 50 anak-anak berusia dua hingga 17 tahun menetap di Teratak Ummi manakala baki 10 lagi tinggal di rumahnya memandangkan premis berkenaan padat dengan penghuni, bahkan beliau menyimpan impian untuk menyediakan tempat yang selesa buat anak-anak tersebut.

“Sebulan Ummi membelanjakan RM 30,000 untuk bayar sewa rumah, bil air, elektrik, dan keperluan persekolahan anak-anak di sini termasuk susu dan pampers untuk yang masih kecil.

“Mereka ini terdiri daripada anak yatim piatu, anak yatim dan juga anak daripada keluarga kurang berkemampuan, jika tidak tinggal di sini mereka tidak mampu bersekolah dan membesar dengan baik dan terdidik,” kongsinya.

Teratak Ummi yang asalnya dibangunkan dengan nama Rumah Anak Yatim An-Nasuha pada 2009 mulanya hanya diisi 18 orang.

Menurut Fatmah, beliau tidak pernah lelah membesarkan anak-anak ini, malah jerih payahnya terbayar apabila melihat anak-anak yang disayangi membesar menjadi manusia berguna namun tidak sesekali melupakan jasa baiknya.

“Cuma ada satu kesukaran pahit yang sering Ummi telan, iaitu apabila anak-anak di sini bertanya kenapa mereka tidak mempunyai ibu dan ayah seperti orang lain? Ummi hanya berkata, bersyukurlah masih ada Ummi untuk menjaga dan memberikan kasih sayang. Tapi tak susah jaga, mereka ini berdisiplin dan dengar cakap.

“Tapi susah payah Ummi bertukar manis apabila anak-anak berjaya, tidak lupa kita. Ada yang datang ziarah, kalau tak datang pun telefon tanya khabar dan bagi sokongan kepada adik-adik yang lain,” katanya.

Tambah beliau, kesungguhan YBR ternyata umpama cahaya di hujung lorong memandangkan berdepan pandemik Covid-19, Teratak Ummi sangat memerlukan sumbangan bagi meneruskan kelangsungan hidup anak-anak di sini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat