Tinggalkan Kerajaan PN, MKT putuskan esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO di arah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan (GLC) sebelum Februari akan dimuktamadkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO terlebih dahulu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu MKT akan bersidang pada malam esok.

Beliau bagaimanapun, enggan mengesahkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan arahan itu pada mesyuarat bersama Ketua Bahagian UMNO yang berakhir sebentar lagi.

Ahmad tidak menafikan laporan itu namun, berkata ia perkara yang perlu dimuktamadkan oleh MKT UMNO esok.

“Itu hanya laporan, apa-apa yang kita bincang tadi kita akan bawa ke Majlis Kerja Tertinggi.

Jadi, keputusan muktamad, apa juga yang dibincangkan adalah MKT esok malam,”katanya ketika ditemui media selepas pertemuan Presiden UMNO bersama ketua-ketua bahagian.

Dalam pada itu, susulan kejutan Barisan Nasional (BN) menggugurkan Tan Sri Annuar Musa daripada jawatan Setiausaha Agung BN dan digantikan dengan dirinya.

Ahmad Maslan menegaskan bahawa Annuar tidak disingkirkan sebaliknya diganti.

“Tan Sri Annuar Musa diganti. Biasanya Setiausaha Agung UMNO juga merupakan Setiausaha Agung BN.

“ Saya kira itu antara sebabnya. Malah saya juga diberi tugas untuk menjadi Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN).

“ Saya ingin tegaskan ia adalah mengganti seperti yang disebut Presiden sebut tadi. Saya cuma mengganti,” katanya.

Ditanya sama ada Annuar diganti kerana dilihat sebagai pro Bersatu, Ahmad memilih untuk tidak mengulas berkenaan dakwaan itu.

“Annuar Pro Bersatu? Saya tak mahu mengulas apa apa tentang itu,”ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat