Cuma tolak DAP, UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara bersama Persiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memutuskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP namun tidak pula menyebut parti-parti lain.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, akar umbi UMNO itu juga memutuskan mahu memperkukukan kerjasama dengan parti-parti lain termasuk PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Setakat ini yang diputuskan hari ini ialah kita tidak bekerjasama dengan DAP, kita juga putuskan untuk terus perkukuh kerjasama dengan PAS, selepas itu GPS,”katanya ketika ditemui media, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada UMNO akan bekerjasama dengan PKR dan Amanah, Ahmad berkata perkara itu tidak diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

“Kita tiada bincang perundingan dengan parti lain (PKR dan Amanah), kerjasama deangan parti lain selain (PAS, GPS) itu kita tunggu dan lihat kemudian, keputusan Majlis Kerja Tertinggi esok malam adalah amat penting,”katanya.

Ahmad turut memberitahu UMNO telah selesia berunding pembahagian kerusi dengan PAS untuk berdepan PRU15 akan datang.

“Kita sudah runding kerusi dengan PAS, parti lain belum lagi.

“Kita ingin kukuhkan hubungan dengan PAS. Malah pertemuan pucuk pimpinan kedua-dua parti itu juga sudah berjalan,” jelasnya.

Malah ujar Ahmad, kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah tidak ada alasan lagi untuk menangguhkan pilihan raya memandangkan vaksin akan tiba pada Februari.

“Kita yakin bahawa Covid-19 ini boleh dikurangkan, kita telah dimaklumkan vaksin akan sampai.

“Walaupun vaksin itu terlewat, pada pandangan peribadi saya vaksin di Malaysia ini terlewat kerana ada 50 negara telah vaksinkan rakyat pada bulan 12.

“Bulan Februari ni 28 Februari atau 1 Februari? Jadi kerajaan kena laju vaksinkan rakyat.

”Bila vaksin dah tiba, berjuta orang lagi divaksin bulan Mac atau April Covid-19 bukan lagi alasan kita menangguhkan pilihan raya,” katanya.

Tegasnya, kita perlu menstabilkan kerajaan yang ada.

“Kita ingin memulihkan ekonomi kerajaan mesti stabil kita tahu pelabur tak singgah ke Malaysia.

” Tapi kerajaan kita tak stabil malah amat rapuh macam Johor satu majoriti, kerajaan pusat juga ada satu majoriti sebelum ini 111 atas garisan macam mana memerintah. Tak ada majoriti sebegini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat