Lawatan Agong ke China perkukuh kerjasama dua negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ke China baru-baru ini mencapai objektif dan persetujuan oleh kedua-dua negara bagi menjalin kerjasama antara Malaysia dan China.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, China bersetuju untuk mempertingkat kerjasama sedia ada selain meneroka peluang kerjasama baharu di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

“Kerjasama lain merangkumi perkongsian pakar dan teknologi dalam bidang pertanian, pembasmian kemiskinan tegar, tenaga boleh baharu, semikonduktor, kecerdasan buatan dan ekonomi digital.

“Is merangkumi bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, pertanian, agri komoditi, pelancongan, kesalinghubungan dan hubungan antara rakyat,” katanya melalui jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai manfaat dan kebaikan kepada negara susulan Lawatan Negara Yang di-Pertuan Agong ke China sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China.

Selain itu beliau berkata pelbagai program dianjurkan termasuk 37 pertukaran lawatan tinggi oleh kedua-dua pihak, termasuk Lawatan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim antara 19 hingga 22 September lalu.

Presiden China, Xi Jinping juga jelasnya menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan ke Malaysia tahun depan selepas kali terakhir melawat negara ini pada 2013.

“Lawatan Sultan Ibrahim disambut dengan meriah oleh kerajaan China dan ia amat jelas ketika Istiadat Majlis Sambutan Negara serta Majlis Santapan Negara yang dihoskan Jinping, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan kedua-dua negara.

“Hubungan erat berdasarkan kepada saling menghormati dan kepercayaan jelas kelihatan ketika perjumpaan baginda dengan Presiden Jinping dan Perdana Menteri, Li Qiang baru-baru ini.

Tambahnya lagi China berhasrat berkongsi kepakaran perancangan bandar serta menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam projek pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan kereta api berkelajuan tinggi.

“Presiden Jinping menyatakan hasratnya untuk mengadakan lawatan ke Malaysia pada 2025 mengikut kesesuaian masa kedua-dua pihak,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat