KUALA LUMPUR — Lawan web Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8 pagi ini mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir sebanyak 66,033 orang.
Kesemua mangsa itu terdiri daripada 20,168 keluarga yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri iaitu 227 PPS seluruh negara.
“Daripada jumlah itu, Kelantan masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 43,667 orang daripada 13,978 keluarga ditempatkan di 96 PPS.
“Ini dikuti Terengganu dengan 14,525 mangsa daripada 3,735 keluarga di tujuh daerah terjejas masih mendapatkan perlindungan di 63 PPS.
“Di Kedah, 6,165 orang daripada 1,968 keluarga ditempatkan di 32 PPS.
“Johor mengaktifkan 20 PPS bagi memberi perlindungan kepada 1,068 orang daripada 305 keluarga, manakala di Perak, 383 orang daripada 127 keluarga di 10 PPS,” catat laman web JKM hari ini.
Selain itu, dua PPS di Melaka masih dibuka bagi menempatkan 172 orang daripada 44 keluarga, manakala seramai 53 orang daripada 11 keluarga masih berlindung di empat PPS di Pahang.