Ketua Pemuda Bersatu Minta Maaf Pernah Kata “Bodoh Penyokong PAS”

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Pemuda (Armada) Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tampil memohon maaf kerana pernah mempersenda penyokong PAS menerusi satu catatan lama yang dimuat naik di akaun Twitternya.

“Saya ingin meminta maaf kepada semua ahli PAS kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.

“Saya amat kesali perkara ini, dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan,” katanya, dipetik dari laporan FMT.

Wan Fayhsal yang kini bertanding di Parlimen Machang, Kelantan menggunakan logo PAS berkata, beliau akan terus bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan PAS untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia, menurut tuntutan Islam.

“PAS sebagai wadah perjuangan Islam dalam PN telah membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amal makruf, nahi munkar,” katanya.

Terdahulu, warganet menghentam Wan Fayhsal menerusi satu ciapan Twitter lama mengatakan ‘Bodoh penyokong PAS’ yang pernah dimuatnaikkan, sungguh pun ciapan itu telah dipadamnya sejak Februari 2019, kata laporan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat