PRN Sarawak: Pengundi teruja mahu mengundi tetapi kerusi DUN sudah dimenangi tanpa bertanding

KUCHING – Pengundi-pengundi di kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang sudah dimenangi tanpa bertanding oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh berasa lega dan tenang pada 12 Disember nanti kerana tiada pertandingan di kawasan mereka.

Itulah yang dirasakan oleh seorang pekerja swasta Iswanaini Fauzi, seorang pengundi di kawasan DUN Satok yang juga terletak dalam kawasan Parlimen Petra Jaya yang sudah dimenangi tanpa bertanding oleh GPS.

Kerusi berkenaan dimenang oleh calon GPS Datuk Ibrahim Baki selepas tiada calon lain mencabarnya pada hari penamaan calon semalam.

Iswanaini berkata ada rasa teruja dalam diri beliau menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 nanti pada 12 Disember nanti tetapi sedikit hampa kerana tidak dapat merasai pengalaman mengundi.

“Perasaanya teruja, cuma dengar cerita sudah menang tanpa bertanding jadi tak ada la tangan saya dicelup dengan dakwat warna hitam itu, itu perasaan saya sekarang,” katanya ketika ditemui Suara TV.

Beliau berasa Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang dikenali sebagai Abang Jo sudah begitu lama melakukan kerja terbaik untuk rakyat Sarawak khususnya membantu kebajikan rakyat Bumi Kenyalang.

“Bagi saya Abang Jo banyak menolonglah, saya pun peminat Abang Jo, jadi bagi saya beliau banya membantu,” katanya.

Bagi pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Irfan Safdar Shah Hirman berkata beliau turut teruja pada kali ini kerana kali pertama akan mengundi kerusi DUN di Mukah pada hari mengundi nanti.

“Rasa teruja kerana dapat merasai bagaimana pengalaman mengundi dan apa impak kalau kita mengundi sesuatu parti yang kita inginkan,” katanya.

Beliau berharap calon yang bertanding tidak hanya menggunakan ceramah ketika berkempen dan manifesto hanya sebagai alat untuk meraih undi tetapi tidak menjalankan kerja membantu rakyat selepas berjaya menang kerusi yang ditandingi.

“Saya berharap jika parti yang saya undi menang di Mukah, saya harapkan pembangunan di Mukah makin rancak jangan hanya guna manifesto untuk memberitahu apa yang akan dibuat tetapi ia tidak dilaksanakan,” katanya.

Irfan Safdar berkata beliau mahu pada PRN kali ini, keadaan itu akan berubah.

Sementara itu, seorang warga emas Abang Maulana Abang Ali yang sudah lama banyak kali mengundi begitu gembira dan syukur dengan pembangunan yang ada di negeri Bumi Kenyalang kerana terlalu banyak berubah dari dahulu kepada keadaan sekarang yang jauh lebih baik.

Beliau turut menyanjungi Abang Jo dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang cerdik dan bijaksana.

“Sekarang ok… Alhamdulillah, dulu Aduhh.. tapi dulu bagus jugak… dulu kecil sekarang besar.

“Pelancong semua datang ke sini,” katanya.

Abang Jo yang bertanding di kerusi DUN N.26 Gedong juga merupakan antara kerusi yang menang tanpa bertanding.

Pada PRN lepas Abang Jo mencatat kemenangan sulung di DUN berkenaan selepas meraih 4,310 undi dalam saingan empat penjuru menewaskan tiga calon lain.

Beliau sebelum itu merupakan penyandang di DUN N.08 Satok selama lapan penggal sebelum beralih ke Gedong menggantikan Datuk Mohd Naroden Majais yang sebelum ini mewakili DUN kawasan berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat