Dua Penyandang Kerusi Parlimen PAS Tanding Atas Tiket BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas yang juga Penyandang Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Mawi sah bakal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan media oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, beliau turut mengumumkan lima lagi nama calon BN yang belum diumumkan.

“Daripada tujuh kawasan ini, dua kawasan iaitu Tumpat dan Kuala Nerus menyaksikan, Barisan Nasional menampilkan dua calon secara ‘direct candidate’ atas sifat keterbukaan dan perpaduan.

“Dengan pengumuman ini, ia menjadikan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen adalah sebanyak 178,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Lima calon lain yang turut diumumkan adalah Habibah Mohd Yusof (Parlimen Tanjong Karang), A Kohillan Pillay (Parlimen Batu), Chew Yin Keen (Parlimen Bandar Tun Razak), Shamsulkahar Mohd Deli (Parlimen Jempol), dan Adnan Abu Hasan (Parlimen Kuala Pilah).

Katanya, BN yakin calon-calon yang dikemukakan dengan pelbagai latar belakang dan kelayakan dan mampu untuk menggalas amanah mewakili kepentingan rakyat apabila dipilih kelak.

Pada pertandingan tiga penjuru PRU14, Mohd Khairuddin yang bertanding atas tiket Pas memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperolehi undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (29,527 undi) dan calon PKR, Abdullah Muhamad (4,604 undi).

Manakala bagi Che Abdullah pula berjaya menewaskan calon BN iaitu Datuk Wan Johani Wan Hussin dan Pakatan Harapan (PH), Datuk Nordin Salleh dengan majoriti 17,500 undi. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat