Mahathir jangka Bajet 2023 banyak gula-gula dan pembangkang tak sempat bahas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 yang bakal dibentang 7 Oktober ini dijangka tidak dapat dibahas oleh ahli-ahli Parlimen parti lawan memandangkan kerajaan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjangkakan banyak gula-gula politik yang akan diberi supaya rakyat menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

“PRU15 awal kerana belanjawan boleh dikemukakan tetapi parti lawan tidak dapat bahas.

“Banyaklah gula-gula akan diberi supaya rakyat akan sokong BN- Umno,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Malah Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu juga mendakwa bahawa kerajaan tidak mempedulikan ramalan cuaca buruk pada November dan akan tetap meneruskan PRU15.

“Jangan peduli bulan November banjir besar, angin kencang.

“Ramai tak boleh undi, ramai kehilangan rumah, ramai juga di tempat tertentu dan ramai yang akan cedera dan mati. Okaylah itu masalah mereka.

“Kerajaan akan tentukan penyokong Umno boleh undi. Bantuan wang dan makanan boleh diberi,” katanya.

Beliau juga memberitahu, dahulu jumlah pekerja kerajaan tak sampai 1 juta tetapi dalam jangka masa beberapa tahun sahaja pekerja kerajaan meningkat 1,700,000.

Bahkan katanya, gaji pun naik berkali-kali dan akan naik lagi dalam belanjawan baru.

“1,700,000 pegawai Kerajaan dan keluarga tentu sokong kerajaan.

“Jangan peduli tidak ada duit tinggal untuk pembangunan negara. Jangan peduli harga barang naik.

“Jangan peduli ramai hadapi tekanan kewangan. Mereka boleh hutang.

“Tidak dapat bayar hutang mereka akan bankrap. Itu masalah mereka.Duit kerajaan diguna untuk sogokan, tak usah bayar, tak bayar faedah pun.

“Jumlah hutang meningkat kerana tidak bayar. Itu masalah kerajaan yang akan datang,” ujarnya.

Dr Mahathir juga mendakwa, hari ini kemenangan Umno boleh ditentukan.

“Menang PRU15, akan menang PRU16 dan 17 dengan menggunakan kuasa dan duit kerajaan.

“Sekarang Umno yang ditolak oleh rakyat yang berkuasa.

“Hal ini kerana, (Datuk Seri) Najib Razak menggunakan ketamakan pemimpin Bersatu dan PKR untuk mengalahkanPH yang menang.

“Bersatu yang di-hijack gembira kerana jadi Perdana Menteri (PM).Lepas itu PM Bersatu dijatuhkan oleh Umno dan Umno menjadi kerajaan,” katanya.

Jelas beliau, parti yang ditolak oleh rakyat jadi kerajaan dan sebagai kerajaan, Umno akan tentukan bila PRU15 akan diadakan.

“Mana dia Bersatu. Tidak berkuasa lagikah?

“Dalam PRU15 pun Bersatu tidak akan menang. Sebab? Tidak dapat sokongan Umno dan PAS.

“Inilah nasib parti yang tikam belakang kawan untuk masuk melalui pintu belakang.
Sesungguhnya langkah Sheraton memulakan ketidakstabilan politik dalam negara. Sebelum langkah Sheraton semua kerajaan dipilih melalui PRU.

“(Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan (Datuk Seri) Azmin Ali yang melangkah dan menjadi boneka dalam perancangan Najib.

“Sembilan hakim, tiga mahkamah mendapati Najib bersalah.Fikirlah wahai rakyat Malaysia,” seru beliau.

Dr Mahathir juga membidas seruan Umno kononnya PRU15 perlu diadakan tahun ini demi mengembalikan hak rakyat untuk pilih kerajaan.

“Wah! Bukan main.PRU14, rakyat pilih PH. BN rampas kuasa melalui lompatan bukan kehendak rakyat.

“Kerajaan sekarang kerajaan pintu belakang.

“BN bukan utamakan hak rakyat. Umno utama Umno, untuk jadi PM,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat