PAS Tetap Pilih Elak Pertembungan Demi Kalahkan PH – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS konsisten dengan pendiriannya menjayakan agenda penyatuan ummah dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri demi mengalahkan Pakatan Harapan (PH).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak termasuk parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah.

Katanya ini bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan PH.

Dalam perkembangan lain Hadi memberitahu, PAS berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat adalah tidak wajar dan tidak perlu disegerakan.

“Ini mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

“PAS berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Bajet 2023 yang akan dibentangkan,” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat