Kerajaan Terima 12,000 Idea Anak Muda Bagi Penyediaan Bajet 2023

- Advertisement -

SHAH ALAM: Kerajaan menerima 12,000 idea dan pandangan daripada anak muda di seluruh negara melalui Idea Bina Negara (IBN) 2022, iaitu sebuah platform digital bagi memberi pandangan dalam penyediaan Bajet 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dari jumlah tersebut kira-kira 57.9 peratus individu yang menyumbang idea di platform tersebut terdiri dalam kalangan belia berusia 18 hingga 21 tahun.

Malah, sebanyak 12 peratus cadangan yang diberi golongan muda menyentuh isu politik serta prestasi kerajaan dari segi kualiti dan kemantangan pemimpin, kata Ismail.

Sehubungan itu, berdasarkan data dan maklumat daripada IBN 2022, Ismail berkata ia sekaligus membantu kerajaan menyediakan inisiatif dan insentif bersesuaian dengan golongan muda.

“Sesungguhnya, kerajaan memerlukan sokongan padu golongan belia dan anak muda untuk membangunkan Malaysia.

“Suara anak muda Malaysia- kami dengar, kami cakna dan kami santuni,” katanya dalam teks ucapan perasmian IBN 2022 yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata lagi, berdasarkan analisis yang menggunakan teknologi kepintaran buatan (Artificial Intelligence), idea-idea yang diajukan melalui aplikasi IBN semuanya bersifat positif dan membina.

Terdapat juga cadangan tentang isu peluang pekerjaan melibatkan golongan muda dan kerajaan amat prihatin tentang perkara berkenaan.

“Sesungguhnya, Kerajaan memerlukan sokongan padu golongan belia dan anak muda untuk membangunkan Malaysia.

“Kerajaan amat prihatin terhadap isu peluang pekerjaan yang menghantui golongan anak muda masa kini. Lebih-lebih lagi, terdapat 46.2 peratus hanya memperoleh
pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500 sebulan,” katanya sambil menambah, kerajaan kini telah memperkenalkan inisiatif perantis lepasan sekolah dan graduan yang membenarkan majikan untuk menggaji pekerja berusia 18 hingga 30 tahun dengan menyediakan insentif berjumlah RM900 sebulan.

“Saya yakin, dengan mengambil cakna terhadap suara, solusi, dan aspirasi anak muda kepada Kerajaan, kita mampu untuk bersama-sama menjayakan agenda besar pemulihan negara,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat