Dulu masa kawan halal, sekarang jadi haram pula – Akmal bidas Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menempelak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sewenang-wenangnya mempergunakan fatwa haram terhadap parti lawan ketika musim pilihan raya.

Akmal mengingatkan Presiden Bersatu itu supaya berlawan dengan idea dan hujah yang boleh membantu rakyat.

“Kita faham musim pilihan raya masing-masing sibuk berkempen untuk kemenangan pasukan masing-masing.

“Tetapi janganlah sampai mempergunakan hukum fatwa sebegini.

“Berlawanlah dengan idea dan hujah yang boleh membantu rakyat,bukan dengan haram sana sini,” bidas Akmal.

Kata beliau, dulu masa kawan jadi halal,bila lawan jadi haram pula.

“Masa untuk kita membawa politik matang dan membina,bukan menghancurkan pemikiran rakyat.

“Parti digunakan untuk mempertahankan agama,bukan agama digunakan untuk mempertahankan parti politik,” tegas beliau.

Terdahulu, Muhyiddin meletakkan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Muhyiddin mendakwa, tindakan tidak mengundi Suhaizan itu perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya berhubung hal ini, tanya ikut fatwa mana. Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” katanya berucap pada Ceramah Perdana PN di Kempas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat