Konsert Faizal Tahir live in Kuala Lumpur Santai dan penuh dengan kejutan spontan

- Advertisement -

Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang dibawakan oleh Allianz Malaysia Berhad telah berlangsung pada sabtu lepas di Dewan Merdeka, World Trade Centre yang bermula tepat pada 9 malam. Konsert tersebut telah berjaya menarik seramai 3000 penonton hadir dan melihat persembahan yang santai dan kejutan yang berlaku secara spontan.

Konsert tersebut merupakan konsert sulung Faizal Tahir setelah 17 tahun berkarya, konsert  berlangsung  hampir tiga jam itu diketuai oleh Pengarah Konsert, Jennifer Thompson, sebanyak 21 buah lagu telah dipersembahkan.

Persembahan dimulakan dengan lagu “Mahakarya Cinta” dengan berpakaian serba putih dan tidak berkasut, setelah lagu tersebut kemudianya suasana menjadi sunyi dan bergelap seketika, disangkakan hanya gimik tetapi ada berlaku sedikit masalah teknikal yang melibatkan promter tidak berfungsi, jelas Faizal Tahir di sidang media selepas konsert tersebut.

Lagu seterusnya lagu yang berjudul “OK”, bercinta, karma, cuba dan hanyut, selepas itu Faizal Tahir menukar pakaian berwarna hitam dan menyampaikan lagu seterusnya sampai syurga, sejati dan syahadah, Pakaian putih dan hitam itu simbolik kepada, putih itu bersihnya seperti bayi yang baru lahir dan kita yang mengatur cara hidup kita, hitam pula setiap manusia pernah melakukan dosa dan terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang terbaik kepada kita di dunia dan akhirat nanti.

Apa yang mencuit perhatian adalah apabila taburan wang kertas dari syiling Dewan Merdeka Ketika persembahan Faisal Tahir yang membuatkan penonton bersorak dan aksi cuit hati penonton cuba mengutip wang kertas tersebut.

Kejutan seterusnya penampilan Sabri Yunus bersama kumpulan Dikir Barat yang membuat persembahan bersama Faizal Tahir dengan  lagu “Negaraku”.

Aksi spontan Dato Seri Siti Nurhaliza dan Alif Satar yang naik ke pentas untuk sesi Jamming santai bersama Faizal Tahir membuatkan lagi malam tersebut menjadi malam yang susah dilupakan oleh penonton. Dato Seri Siti Nurhazlinda menyanyikan lagu duet mereka “Dirgarhayu” manakala Alif pula menyanyikan lagu “Gemuruh”.

Akhirnya lagu penutup untuk konsert tersebut Ratu, Fire & Water dan akhir sekali lagu yang berjudul “Santai” dimana seluruh konsert tersebut berjalan secara santai dan spontan..

Ketika ditanya di siding media selepas konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur berkata, dia tidak menyangka dengan sambutan luar biasa peminat sekali gus membuatkan dia mahu melakukannya lagi.

“Sebuah konsert yang saya sendiri tak pernah terlintas akan buat selepas bertahun-tahun akhirnya mengalah dengan pujukan Jennifer Thompson.

“Kalau sebelum ini saya risau nak buat konsort solo tapi melihat sambutan dan persembahan hari ini terus rasa nak buat lagi tapi tengoklah dulu bagaimana nanti.

“Buat masa ni saya perlu duduk dengan pasukan terlebih dahulu. Persiapan untuk menjayakan konsert ini memakan masa berbulan-bulan.

“Kalau ada permintaan yang tinggi dan berbaloi serta boleh menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang ramai melalui konsert, Insya-Allah akan ada lagi,” katanya.

Ditanya apakah konflik dalam muzik yang dihadapi sehingga berkongsi perkara itu kepada peminat, Faizal berkata, salah satu faktor adalah usianya yang sudah meningkat naik.

“Macam yang saya katakan ketika di atas pentas sebelum menyanyikan lagu Bencinta, saya ada beritahu saya ada konflik dengan muzik.

“Sejujurnya saya pernah terfikir untuk berehat dalam industri muzik tapi sebab ramai yang meminta saya rasa ralatlah kalau tidak dapat tunaikan permintaan orang.

“Kalau nak jayakan konsert solo saya memang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi selama ini, sebab itu saya lebih suka keluarkan single saja dan macam yang saya kongsikan ketika di atas pentas saya juga lebih suka jayakan majlis yang minta saya menyanyi tiga hingga empat lagu kerana itu sudah berbaloi untuk saya.

“Alhamdulillah persiapan yang rapi membuktikan saya mampu menyanyikan lebih 18 lagu dalam sebuah konsert,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat