Munirah Pertiwi Soup Kitchen meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasas Pertiwi (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia), Datuk Munirah Abdul Hamid meninggal dunia pada Isnin, 4 September 2023.

Anak saudaranya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan perkhabaran duka itu di Instagramnya.

“Adik perempuan ibu saya, Munirah Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini.

“Solat jenazah akan diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar pada jam 11.30 pagi.

“Semoga Allah merahmati rohnya. Al-Fatihah,” ucap Khairy.

Allahyarhamah sangat aktif dalam dunia sukarelawan yang disemai sejak berusia 17 tahun tidak pernah luntur, sebaliknya diteruskan hingga kini dengan menyelami masalah hidup golongan gelandangan.

Munirah yang juga pengasas Pertiwi Soup Kitchen, pertubuhan sukarela yang berorientasikan projek, cukup dikenali sebagai pekerja sosial aktif.

Sepanjang lebih 40 tahun dalam kerja sukarelawan, beliau banyak menyumbang kepada masyarakat, terutama untuk kebaikan wanita dan kanak-kanak dalam pendidikan.

Berada dalam dunia korporat, ibu dan nenek yang juga pengasas bersama Malaysian Genomics Resource Centre Berhad serta kumpulan syarikat Neuramatix ini, tidak sedikit pun kekok menghulurkan bakti dan kudrat bagi membantu golongan gelandangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat