KPM berusaha pastikan guru asal Sarawak ditempatkan di negeri yang sama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bagi tahun 2022 sehingga 31 Julai, seramai 1,010 guru baharu lantikan tetap DG41 berasal daripada Sarawak ditempatkan di sekolah rendah dan menengah dalam negeri kelahiran mereka.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata KPM sentiasa berusaha memastikan guru kelahiran Sarawak diberi keutamaan ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.

“Pada masa yang sama, disebabkan bilangan graduan berasal dari Sarawak yang menepati keperluan opsyen di sekolah bagi negeri tersebut masih belum mencukupi, KPM telah menempatkan seramai 1,603 orang guru yang berasal daripada semenanjung ke sekolah di Sarawak bagi tempoh yang sama.

“Jumlah kekosongan perjawatan guru sekolah rendah dan menengah di negeri Sarawak pada 31 Julai 2022 adalah sebanyak 2,815 orang,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Barau, Anyi Ngau mengenai status pelaksanaan dasar pengisian 90% jawatan guru di Sarawak yang diisikan oleh anak tempatan serta jumlah kekosongan jawatan perguruan di Sarawak khususnya di Parlimen Baram,

Radzi berkata kekosongan perjawatan guru di sekolah rendah dan menengah di Parlimen Baram adalah sebanyak 250.

Jelasnya KPM komited untuk terus memastikan keperluan guru di seluruh negara dipenuhi bagi memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat