Tuduhan tengking pegawai Imigresen tak berasas, berniat jahat – JPA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tuduhan kononnya Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 3 Ogos 2022 dianggap sebagai tuduhan tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tertinggi kerajaan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memandang serius perkara ini dan ingin menegaskan bahawa segala pertuduhan
terhadap KPPA adalah tidak berasas sama sekali.

“Untuk makluman, KPPA telah menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya James Lee akan ketidakpatuhan amalan dan prosedur di mana pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara.

“Malahan mereka diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan kastam untuk meneruskan perjalanan. JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen seperti pasport adalah satu kesalahan yang serius di sisi undang-undang,” tegasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Malah katanya, pegawai yang tidak mematuhi peraturan imigresen ke luar negara boleh diambil tindakan tatatertib.

“JPA juga ingin menegaskan bahawa teguran tersebut tidak dibuat di khalayak ramai. Malah KPPA hanya menasihatkan pegawai supaya mematuhi peraturan dan
membantu menyelesaikan isu-isu sedemikian dengan berhemah.

“Beliau juga mengesyorkan supaya perlunya pihak Imigresen di KLIA meningkatkan pematuhan prosedur operasi piawai (SOP) bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan imigresen.

“JPA amat kesal dengan kenyataan-kenyataan palsu yang ditularkan di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Justeru tegasnya, JPA ingin mengesyorkan supaya perkara ini disiasat sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Semalam, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan seorang pegawai tertinggi awam kerajaan berjawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang sedang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

KPISM yang mewakili 14,000 orang pegawai Imigresen di seluruh negara menerusi satu kenyataan media berkata, kejadian itu berlaku pada 3 Ogos 2022 antara jam 8.40 pagi hingga 9.40 pagi di Balai Berlepas, KLIA.

“Insiden bermula apabila tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA. Sememangnya pegawai Imigresen tidak ditempatkan di kaunter bilik VIP secara 24 jam kerana keperluan pegawai bertugas di kaunter biasa lebih memerlukan berbanding kaunter bilik VIP yang hanya akan dibuka apabila ada keperluan dan mendapat pemakluman awal.

“Pegawai ini yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen KLIA telah dipanggil dan ditengking, diherdik dan diminta supaya berdiri tegak di tengah khalayak ramai oleh KPPA.

“Tindakan yang tidak profesional oleh seorang pegawai tertinggi kerajaan ini dengan kata-kata yang dilepaskan dalam nada menengking di hadapan orang ramai dan kakitangan Imigresen lain yang sedang bertugas merupakan satu sikap biadap serta tidak menghormati entiti perkhidmatan awam itu sendiri.

“Pegawai Imigresen lain yang berada di tempat kejadian turut merasa terhina di khalayak ramai atas tindakan KPPA tersebut,” kata kenyataan itu.

Mengulas lanjut, KPISM berkata sikap KPPA yang mahukan layanan VVIP juga menunjukkan sifat pentingkan diri dan tidak cakna dengan kesusahan rakyat dan orang awam lain yang sabar beratur dan menunggu giliran dalam melepasi pemeriksaan di kaunter biasa yang lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat