Majlis Profesor Negara beritahu tak terima dana kerajaan sejak Mei 2018, entiti bebas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Majlis Profesor Negara (MPN) memaklumkan bahawa badan pemikir itu tidak menerima sebarang saluran dana kerajaan sejak ia dibubarkan pada 23 Mei 2018.

Menerusi satu kenyataan media, MPN berkata, tindakan kerajaan tersebut secara langsung mengeluarkan badan itu daripada naungan kerajaan.

“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

“Di sepanjang tempoh itu, pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya, di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu,” menurut kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, katanya, MPN mula diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022.

Memetik Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) MPN didapati tidak mengisytihar kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat persendirian selaras dengan Akta 777 dan penyalahgunaan dana MPN bagi pembiayaan operasi kepada dua syarikat tersebut berjumlah RM373,516 mewujudkan konflik kepentingan.

Selain itu, pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207,000 dibuat tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.

Malah, berlaku transaksi pembayaran yang dibuat tanpa kelulusan LPA antaranya honorarium felo penyelidik berjumlah RM399,000; pemasangan lif dan pengubahsuaian pejabat berjumlah RM82,500; penyelarasan gaji pengurusan tertinggi berjumlah RM62,500; pembayaran elaun tetap Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif berjumlah RM66,000.

Skop pengauditan meliputi penilaian terhadap aspek tadbir urus korporat MPN dalam mengendalikan aktiviti bagi tempoh tahun 2019 hingga 2023.

Ia termasuk penilaian terhadap aspek kedudukan kewangan meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2020, 2021 dan 2022.

Laporan itu menyebut, MPN tidak pernah diaudit oleh Jabatan Audit Negara sejak diperbadankan pada tahun 2014.

Katanya, MPN menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018 serta 2022 dan 2023.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat