Portugal haramkan Huawei terlibat dalam pelaksanaan 5G

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Portugal menjadi negara terbaru mengharamkan syarikat dari ‘negara berisiko tinggi’ daripada menjadi pembekal peralatan rangkaian telekomunikasinya termasuk 5G dan 4G, sekaligus menyekat sepenuhnya syarikat dari China termasuk Huawei daripada memasuki pasarannya.

Negara itu dalam keputusan terkini melarang penglibatan syarikat bukan dari negara ahli Kesatuan Eropah (EU), Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Organisasi Treati Atlantik Utara (NATO) daripada terlibat dalam sebarang tahap pelaksanaan 5G, menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan pada Khamis lalu.

Syarikat selain daripada ketiga-tiga organisasi utama dunia itu dianggap “berisiko tinggi” yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara, kata laporan penilaian risiko dikeluarkan Majlis Tertinggi untuk Keselamatan Ruang Siber Portugal (CSSC).

Keputusan itu sekaligus menyekat penglibatan semua syarikat China termasuk Huawei daripada terlibat dalam pelaksanaan 5G di negara itu.

Huawei sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi Portugal untuk membangunkan rangkaian 5G di situ.

Antaranya adalah Altice Portugal yang pada 2019 mengumumkan mereka sedang bekerjasama dengan Huawei, bagaimanapun pada awal tahun ini syarikat itu memilih Nokia Oyi sebagai pembekal peralatan rangkaian 5G mereka.

Kenyataan dikeluarkan kerajaan itu tidak menyebut senarai syarikat yang diharamkan atau menetapkan tarikh untuk mewajibkan semua syarikat telekomunikasi Portugal membuang semua peralatan dalam infrastruktur mereka yang dibekalkan syarikat China.

Menurut laporan Strand Consult, teknologi China sudah digunapakai dalam 34% tapak rangkaian 5G dan 4G di Portugal.

Keputusan itu menjadikan Portugal negara terbaru yang menyekat secara langsung atau tidak langsung penglibatan syarikat China selepas antaranya UK, Sweden, Kanada dan Denmark.

Seperti Malaysia, rangkaian 5G Portugal bergantung kepada infrastruktur sedia ada rangkaian 4G yang mewujudkan ekosistem bersepadu telekomunikasi negara itu.
Huawei kini sedang sibuk melobi untuk menjadi rakan pelaksana di negara-negara di rantau Asia Tenggara, Afrika dan Timur Tengah selepas kemasukannya ke Eropah dan negara Barat berdepan sekatan kerajaan kerana dakwaan ia menjadi alat perisikan kerajaan komunis China yang boleh mengancam keselamatan negara.

Di Asia Tenggara, Huawei dilantik sebagai pelaksana 5G di Indonesia, Thailand dan Filipina, sementara Singapura dan Vietnam memilih syarikat Eropah.

Malaysia pula memilih Ericsson tetapi Huawei yang memiliki kerjasama strategik jangka masa panjang dengan Maxis dijangka mendahului perlumbaan menjadi kontraktor rangkaian kedua 5G negara yang dijangka bermula seawal tahun hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat