Polis Tahan 39 Suspek Kes Tipu Pembelian Topeng Muka

Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

Kuala Lumpur - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah. Bekas menteri...

Jika BN Adalah Beban, Elok PN Segera Tamatkan Kerjasama Politik – Nazir

Kuala Lumpur - Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih. Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa,...

Tak Perlu Kuarantin Jika Tiada Gejala, Ujian Negatif, Tiada Kontak Rapat – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Individu yang baru pulang dari Sabah dan diuji negatif Covid-19, tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu positif tidak perlu...

Pekerja Kebersihan Maut Sakit Jantung Selepas Diserang Anjing Liar

SEPANG - Seorang pekerja kebersihan ditemukan maut di tepi jalan di Kampung Baru Dengkil, di sini hari ini dipercayai akibat diserang anjing liar. Dalam kejadian...

Insiden Besi Jatuh Berlaku Di Jakarta, Bukan Di Klang Parade – Polis

KLANG - Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari...

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menangkap seramai 39 orang suspek yang bergiat aktif melakukan penipuan topeng muka atas talian sejak 1 Januari lalu sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, 10 orang adalah suspek wanita dan kesemua yang ditahan adalah berusia antara 21 hingga 45 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Zakaria Ahmad berkata, hasil tangkapan itu polis telah mendakwa seramai 22 orang di mahkamah.

Katanya, penipuan kes penjualan topeng muka berlaku sejak penularan Covid-19 di China dan ekoran kekurangan stok topeng muka di pasaran tempatan ditambah dengan peningkatan permintaan di Malaysia.

“Polis berjaya menangkap mereka dan disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kesemuanya adalah warga tempatan. Akibat penipuan 556 kes kesemuanya melibatkan kerugian berjumlah RM4.2 juta setakat ini dan apa yang mengejutkan adalah 80 peratus penipuan atau 501 kes daripadanya yang melibatkan kerugian RM3.5 juta adalah berlaku sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac lalu,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Menurut Zakaria, penipuan topeng muka di Facebook sahaja merekodkan 401 kes penipuan disusuli WhasApp 65 kes, mudah.my (27 kes), wechat (16 kes), Shoppe (10 kes) dan telefon bimbit (8 kes), Carousell dan Google masing-masing lima dan penjualan bersemuka pula tiga kes.

Katanya, modus operandi kesemua suspek adalah mengiklankan penjualan topeng muka dalam media sosial sebelum mangsa yang menyedari iklan akan berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp yang kemudian akan diberikan akaun bank untuk transaksi pembayaran dan dijanjikan penghantaran.

“Malangnya setelah pembayaran selesai, suspek gagal dihubungi mangsa serta akses media sosial turut disekat selain penghantaran yang dijanjikan suspek sindiket tidak berlaku.

“Ada juga mangsa (pembeli) mencari sendiri penjualan topeng muka melalui pelbagai saluran media sosial dan menerusi rakan-rakan mereka dan siasatan mendapati kebanyakan topeng yang dipaparkan oleh sindiket adalah gambar yang diambil dari internet.

“Bagi mengaburi mata mangsa atau pembeli, sindiket penipuan juga memberi nombor pengesanan atau tracking number penghantaran barangan yang sebenarnya barang lain dan bukan untuk tujuan penghantaran,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak lagi terpedaya dengan sindiket penipuan dalam keadaan getir arahan PKP Covid-19 dan sentiasa menyemaknya dengan pihak berkuasa.

Katanya, pembeli yang mahu membeli barang atas talian supaya menyemak kesahihan penjualnya selain meneliti penelitian status penjual serta komen pengguna mengenai penjualan tersebut terlebih dahulu.

Pembeli hendaklah menyemak akaun penerima sebelum membuat pembayaran di portal ‘semakmule’ JSJK selain menyemak status online selller di laman web http://biztrust.ssm.com.my.

“Jangan menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya sekiranya menerima mesej berantai dari orang lain, baca dan padamkan. Kalau tidak pasti jangan kongsi dan semak terus di portal sebenarnya.my di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Justeru paling penting jangan membuta tuli berkongsi butiran kad pengenalan dan nombor akaun bank anda kepada pihak ketiga walaupun rakan kenalan selain jangan percaya dengan mana mana panggilan tawaran topeng muka dan sila hubungi JKJK Infoline (melalui whtsapp sahaja) di talian 03-2111222,” tegasnya.

Beliau dalam perkembangan sama menegaskan satu laporan polis dibuat oleh pihaknya sebagai menafikan dakwaan mengatakan polis menghalang penerimaan topeng muka yang sudah disalurkan kepada negeri-negeri tertentu dan ia akan disiasat untuk tindakan lanjut.

Beliau juga menasihati orang ramai berhati hati dengan scammer yang menyiarkan pesanan ringkas bantuan prihatin kerajaan di mana wujud usaha tertentu mengantar mesej rawak meminta mangsa berkongsi nombor MyKad dan nombor akaun bank selain scammer melibatkan pengeluaran wang RM500 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Sindiket itu sedang dijejaki walaupun tidak ada sebarang kes penipuan direkodkan setakat ini.

“Polis berharap mereka yang bakal menerima bantuan ihsan ini supaya tak berurusan dengan individu yang mengatakan mewakili kelompok persatuan sebagainya.

“Sentiasa melihat maklumat kerajaan menerusi media yang meuar-uarkan maklumat sahih menerusi media sosial dan jangan memberi sebarang data peribadi kerana ia boleh dimanipulasikan scammer sehingga memudaratkan anda dalam keadaan sekarang ini.

“Ingat pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sahaja yang berkuasa memastikan kelulusan ini dan sila berurusan dengan mereka dan bukannya piha ketiga yang mengnatar sms secara rawak dalam keadaan meragukan meminta nombor akaun dan kad pengenalan diri,” ujarnya.

Malah katanya polis juga tidak mnerima sebarang aduan penipuan berhubung pengeluaran awal RM500 dari KWSP menerusi pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang diumumkan kerajaan Mac lalu.

“Kita memantau rapi kes-kes berkenaan dan walaupun ia juga tidak menunjukkan sebarang kes penipuan, tapi kami mahu rakyat berhati-hati dan jangan percaya pada organisasi atau pihak ketiga yang tidak dikenali dan belum sahih operasi mereka.

“Justeru kami juga menerusi Bahagian Siber dan Mutimedia JSJK mengesan sindiket scammer dan akan kesan balik puncanya dan akan ambil tindakan jika didapati bertanggungjawab,” tegasnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tak Perlu Kuarantin Jika Tiada Gejala, Ujian Negatif, Tiada Kontak Rapat – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Individu yang baru pulang dari Sabah dan diuji negatif Covid-19, tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu positif tidak perlu...

Pekerja Kebersihan Maut Sakit Jantung Selepas Diserang Anjing Liar

SEPANG - Seorang pekerja kebersihan ditemukan maut di tepi jalan di Kampung Baru Dengkil, di sini hari ini dipercayai akibat diserang anjing liar. Dalam kejadian...

Insiden Besi Jatuh Berlaku Di Jakarta, Bukan Di Klang Parade – Polis

KLANG - Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari...