Jemaah Tabligh: Kerajaan India Janji Beri Perhatian Kata Hisham

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan sedia maklum mengenai isu jemaah tabligh yang terkandas di India.

Hishamuddin berkata demikian melalui satu cacatan ringkas di laman Facebook sebentar tadi.

“Ramai tanya saya berkenaan video yang tular mengenai rakyat Malaysia di India semalam. Saya ingin maklumkan bahawa rakyat Malaysia tersebut telah dikuarantin oleh pihak berkuasa India kerana mereka berada di Markaz Nizamudin – salah satu kawasan di India yang berhampiran dengan tempat perhimpunan tabligh yang berisiko tinggi menularnya #COVID19.

“Wisma Putra telah berhubung dengan Kerajaan India khususnya Kementerian Luar Negeri (MEA) India di mana mereka berjanji akan beri perhatian dan kerjasama sepenuhnya dalam perkara ini.

Pihak Wisma Putra mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin dan akan dapatkan sebab sebenar di sebalik kejadian ini. Semoga usaha ini dipermudahkan, insyaAllah,” jelasnya.

Terdahulu beberapa orang pengguna media sosial telah memuatnaik 2 klip video yang memaparkan keadaan rakyat Malaysia yang sedang dikuarantinkan di salah sebuah sekolah oleh kerajaan India.

Melalui rakaman video tersebut, keadaan pusat kuarantin tersebut dilihat begitu kotor kerana di penuhi habuk.

India sebelum ini berusaha mengesan 2,000 warga asing yang menyertai perhimpunan di markas Tabligh-e-Jamaat di Nizamuddin Barat, yang dikenal pasti sebagai kluster jangkitan COVID-19.

Sehubungan itu, kerajaan pusat India menggesa semua negeri mengesan dan kuarantin segera peserta perhimpunan tabligh di markas Tabligh-e-Jamaat di Nizamuddin Barat.

Awal minggu ini, India menutup ibu pejabat kumpulan tabligh terbabit dan difahamkan antara jemaah tabligh yang berkunjung ke pusat berkenaan termasuk dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Nepal, Myanmar, Kyrgyzstan dan Arab Saudi.

Setakat ini India merekodkan 1,251 kes dan 31 kematian akibat COVID-19, yang disifatkan masih kecil berbanding Amerika Syarikat (AS), Itali dan Sepanyol.

Berdasarkan laporan awal, kira-kira 2,000 warga asing menyertai perhimpunan tabligh yang diadakan bulan lalu itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat