Jangan Tinggal Perjuangan Parti, Jangan Bakar Jambatan – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengingatkan mereka yang tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agar meneruskan semangat muafakat dan perpaduan seterusnya menolak keangkuhan.

Menerusi warkah terbuka buat sahabat yang terluka atau kecewa disiar di Facebooknya, Annuar juga mengajak mereka tidak terpilih sebagai calon supaya tidak meninggalkan perjuangan parti.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut menitipkan pesanan supaya tiada pihak yang menjadikan parti sebagai perisai badan untuk melindungi kecurangan serta mensia-siakan amanah rakyat.

“Jangan tinggalkan perjuangan walau kita diaibkan dan jangan membakar jambatan kerana perjalanan masih panjang di hadapan.

“Kembalilah memimpin anak dan adik kita yang bertatih, pulihkan jentera yang berduka, jika tidak berupaya memenangkan, setidaknya jangan mengalahkan, parti perlu didahulukan.

“Marah jangan dibalas marah, hutang darah tak perlu dibayar darah, perjuangan kita lebih besar dari itu, baluti luka hati dengan iman dan kesabaran seorang pejuang,” kata Annuar.

Pada Selasa, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin menjadi calon Parlimen Ketereh pada PRU15.

Pada PRU14, Annuar memenangi Parlimen Ketereh dengan majoriti 4,626 undi, menewaskan pencabarnya daripada PAS dan PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat