Sekutu PAS Dalam Gagasan Sejahtera Umum Sokong BN

- Advertisement -

CYBERJAYA –  Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang merupakan sekutu PAS dalam Gagasan Sejahtera hari ini membuat ketetapan menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Penerangan Ikatan, Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, langkah itu diambil berdasarkan semangat penyatuan ummah.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, seluruh keahlian dan jentera Ikatan di seluruh negara, termasuk di Sabah akan digerakkan bagi membantu calon-calon UMNO dan BN agar mencapai kemenangan besar pada pilihan raya itu.

“Pada PRU-14, Gagasan Sejahtera ditubuhkan merangkumi PAS, Ikatan dan Parti Berjasa, namun, PRU-15 kali ini, PAS telah memilih untuk bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan Berjasa memlilih untuk bersama Gerakan Tanah Air (GTA).

“Gagasan Sejahtera kini ibarat kubur tanpa batu nisan. Keadaan sama turut berlaku kepada Muafakat Nasional (MN) yang mana PAS mewakili Gagasan Sejahtera dan UMNO mewakili Barisan Nasional menubuhkan Muafakat Nasional untuk menyatukan ummah,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Menurut Nik Marhalim lagi, Ikatan harus kekal pada tujuan penubuhannya yang asal iaitu sebuah parti berbilang kaum tetapi tetap meneruskan perjuangan UMNO dan BN yang asal.

Ujarnya, perjuangan Ikatan adalah untuk membangunkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil, saksama dan bahagia.

Untuk rekod, selain Gagasan Sejahtera, PN dan MN, sebelum ini PAS juga pernah menyertai Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Alternatif (BA) yang turut dianggotai PKR dan DAP, serta bersama S46 dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat