Proklamasi Darurat sudah tamat, Muhyiddin harap tiada lagi krisis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penamatan Proklamasi Darurat yang berakhir pada 1 Ogos 2021 berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan diharapkan tidak lagi menjadi polemik yang mengheret kepada krisis Perlembagaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media memberitahu dengan berakhirnya Proklamasi Darurat, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai tidak dapat disempurnakan.

“Maka, selaras dengan titah pandangan Baginda dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, suatu usul untuk membahas dan seterusnya mengungkaikan ordinan-ordinan darurat berkenaan boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September 2021.

“Usul ini yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet esok, diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan,” ujar Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat