Kerajaan Pahang berjaya ketepi semakan kehakiman pekebun haram durian Musang King

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menolak permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman yang difailkan oleh 186 pekebun durian Musang King haram di Raub terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan Kerajaan Negeri Pahang, lapor portal Pahang Media.

Memetik laporan itu, mahkamah tinggi turut menolak kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Kerajaan Negeri yang didakwa memberikan pajakan dan hak penggunaan tanah kebun tersebut kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn. Bhd.

“Hakim Datuk Mohd Radzi Harun membacakan alasan kehakiman dan keputusan dalam prosiding yang berlangsung kira-kira satu jam setengah sebelum memutuskan kos guaman sebanyak RM600,000 perlu dibayar plaintif kepada semua repondan terlibat.

“Mahkamah antaranya mendapati dan mengesahkan mereka (pekebun) ialah penceroboh (di tanah berkenaan). Sebagai pihak yang menceroboh, mereka tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman ini.

“Pekebun terlibat juga tidak seharusnya membuat permohonan kebenaran semakan kehakiman kerana notis pengosongan dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah,” kata laporan itu.

Selain itu, mahkamah juga mendapati tindakan Kerajaan Negeri mengusir mereka (dari tanah kerajaan) tiada unsur niat jahat serta plan pemutihan yang dilakukan Kerajaan Negeri tiada unsur berat sebelah kerana ia adalah hal yang boleh dirunding lagi dengan pihak terlibat.

Terdahulu, kumpulan pekebun itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, kira-kira 170 kilometer dari Kuantan, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Sebanyak 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos 2020, manakala bakinya membuat permohonan serupa pada 9 September tahun sama dengan menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, Kerajaan Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.

Sementara itu dalam sama, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin yang mewakili Kerajaan Negeri ketika ditemui selepas prosiding mengakui gembira dengan keputusan dibuat mahkamah hari ini.

“Kes itu tidak sepatutnya dimulakan kumpulan pekebun dari awal kerana mereka secara jelas menceroboh tanah milik Kerajaan Negeri Pahang.

“Adalah lebih baik jika mereka menerima cadangan dan tawaran kerajaan Pahang, bekerjasama dengan pihak dicadangkan dalam memajukan kawasan terbabit.

“Jika mereka masih mahu membawa kes ini ke peringkat rayuan, kita akan lawan lah kerana memang jelas itu adalah tanah milik kerajaan” katanya, seperti dilaporkan portal tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat