Mutasi Terkini Virus Covid-19 Lebih Agresif dan Mudah Berjangkit – Pakar

- Advertisement -

WASHINGTON – Variasi genetik novel coronavirus yang menguasai dunia hari ini menjangkiti sel manusia lebih pantas berbanding virus asal ditemui di China, lapor satu kajian baharu oleh jurnal Cell, Khamis.

Menurut penyelidikan makmal itu, mutasi terkini virus berkenaan lebih mudah tersebar antara manusia berbanding variasi asal, namun ia masih belum terbukti sepenuhnya.

“Saya berpendapat data itu menunjukkan bahawa terdapat mutasi tunggal yang menjadikan virus itu lebih kuat dan agresif.

“Kita tidak menemui sebarang kaitan sama ada keadaan seseorang individu akan menjadi lebih buruk atau tidak.

“Virus berkenaan cuma kelihatan lebih kuat dan berkemungkinan senang merebak, tetapi ia masih perlu dipastikan,” kata pakar penyakit berjangkit kanan Amerika Syarikat, Anthony Fauci, kepada Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Penyelidik dari Makmal Nasional Los Alamos di New Mexico dan Universiti Duke di Carolina Utara bekerjasama dengan kumpulan penyelidikan COVID-19 dari Universiti Sheffield, untuk mengkaji contoh genom yang diterbitkan GISAID, iaitu sumber antarabangsa mengenai perkongsian susunan genom.

Mereka mendapati, variasi terkini, dikenali sebagai D614G mencipta perubahan kecil namun penting dalam peningkatan protein muncul daripada virus, yang digunakan untuk menyerang dan menjangkiti sel manusia.

Pakar sains kali pertama menerbitkan penemuan itu dalam satu makalah perubatan internet, dikenali sebagai bioRxiv pada April dan mencatatkan rekod hit tertinggi iaitu 200,000.

Ia bagaimanapun menerima kritikan kerana dominasi akibat mutasi berkenaan gagal dibuktikan, dan berkemungkinan berlaku kerana faktor lain. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat