PRK Chini: Ahli dan Penyokong PAS Akan Undi Calon BN – Tuan Ibrahim

Teori Peminat Manchester United Tentang Rambut Baru Pogba

PEMINAT Manchester United berpendapat Paul Pogba akan menandatangani kontrak baru di kelab itu setelah dia menunjukkan potongan rambut yang tidak begitu baru. Hari Ahad...

Donald Trump Diiring Keluar Ditengah-Tengah Sidang Media

WASHINGTON: Presiden Donald Trump sedang memberikan sidang media hariannya apabila anggota perkhidmatan rahsia terpaksa mengiringinya keluar. Tidak berapa lama selepas itu Trumph muncul semula dan...

Bagaimana Keluarga Kamu Boleh Kaya Raya, soal TMJ Pada Cucu Mahathir

Cyberjaya - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor. Tunku Ismail ketika membalas...

Lelaki Maut Selepas Terjun Tingkat Lima Bangunan Mahkamah P.Pinang

GEORGE TOWN - Seorang lelaki Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat...

Datuk Ayob Beri Amaran Tindakan Tegas Jika Anggota Polis Bocor Maklumat

JOHOR BAHRU - Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam. Sebaliknya anggota dan pegawai perlu...

CHINI – ‘Ahli Pas sangat setia dan patuh kepada keputusan parti’. Itu kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai calon yang akan dipilih pengundi parti itu.

Menurut beliau, kepimpinan parti sudah membuat keputusan untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada Sabtu ini.

“Biasa pengalaman saya sebagai pimpinan Pas, ahli sangat setia dan patuh. Bila parti buat keputusan dia akan ikut dan saya tidak risau tentang itu.

“Bagi saya mereka akan keluar mengundi dan akan undi calon yang diputuskan oleh pimpinan parti. Semua ahli Pas mesti sokong calon BN,” katanya dalam ceramah Muafakat Nasional di Chini satu, malam tadi.

Hadir sama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menurut Tuan Ibrahim, semua jentera telah dikerahkan untuk meraih undi kepada Mohd Sharim.

Dalam pada itu, katanya, kemenangan BN dalam PRK DUN Chini berupaya menjadi contoh terbaik kepada pelaksanaan kerjasama Muafakat Nasional.

Katanya, ini kerana terdapat banyak contoh di mana pimpinan UMNO dan Pas berjaya mengenepikan perbezaan bagi memberi sokongan penuh kepada calon BN dalam PRK DUN Chini.

“Ini dapat dilihat apabila Timbalan Yang Di-pertua Pas Kawasan Pekan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang sebelum beberapa kali menjadi calon Pas di DUN Chini, menjadi pencadang kepada calon BN,” katanya.

Beliau berkata contoh lain yang dapat dilihat ialah jentera Pas memberi kerjasama dalam setiap kempen calon BN itu.

“Ini menunjukkan pimpinan kedua-dua parti mengutamakan kepentingan rakyat. Saya juga berharap politik ini supaya jangangn hilangkan kekuatan dan asas kita,” katanya lagi.

Beliau juga berkata kerjasama Muafakat Nasional akan terus komited dengan persetujuan bahawa dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti, pertandingan adalah satu lawan satu antara Perikatan Nasional (PN) dan parti lawan.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7 Mei lepas, akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.

Pada PRU14 lepas, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi, menewaskan calon Pas Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Bagaimana Keluarga Kamu Boleh Kaya Raya, soal TMJ Pada Cucu Mahathir

Cyberjaya - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas cucu kepada Tun Dr Mahathir yang mempersoalkan harta milik Kesultanan Johor. Tunku Ismail ketika membalas...

Lelaki Maut Selepas Terjun Tingkat Lima Bangunan Mahkamah P.Pinang

GEORGE TOWN - Seorang lelaki Orang Kena Tuduh (OKT) yang dibawa ke mahkamah di sini untuk pendakwaan ditemui mati selepas disyaki terjun dari tingkat...

Datuk Ayob Beri Amaran Tindakan Tegas Jika Anggota Polis Bocor Maklumat

JOHOR BAHRU - Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam. Sebaliknya anggota dan pegawai perlu...