Lewat pinda perlembagaan parti, Bersatu sukar kosongkan kerusi 7 MP, ADUN – Dr Mazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sukar untuk menyatakan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah kosong selepas enam Ahli Parlimen dan seorang Adun digugurkan keahlian kerana gagal memberi jawapan berkaitan surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.

Pensyarah Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, ini kerana isu enam Ahli Parlimen dan seorang Adun itu membabitkan aspek perundangan dan teknikal yang tidak jelas.

“Saya fikir ia berkait dengan undang-undang sebab tidak jelas sekarang ini adakah enam Ahli Parlimen dan seorang Adun itu gugur. Pertama, Perkara 49 (a) Akta Anti Lompat Parti itu ada kelompongan dan tidak begitu jelas adakah automatik dia boleh gugur (keahliannya).

“Ini kerana pindaan yang dibuat oleh Bersatu itu agak lewat. Ada isu restrospektif di situ. Restrospektif ini ada kaitan dengan Perlembagaan di mana Perlembagaan menetapkan sesuatu yang dikuatkuasa pada masa itu tidak terpakai kepada backdated (ketinggalan).

“Mereka (enam ahli Parlimen dan seorang Adun ini) keluar sebelum Perlembagaan Bersatu dipinda,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Mazlan turut mempersoalkan adakah perkara yang dilakukan Bersatu kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adun itu akan terpakai kerana pindaan Perlembagaan parti itu dibuat selepas mereka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, katanya, pengisytiharan kekosongan kerusi di Parlimen adalah merupakan kuasa Speaker.

“Adakah Speaker akan mengisytiharkan kerusi itu kosong? Itu satu isu juga. Ini kerana Speaker daripada legislatif,” katanya.

Mazlan berkata, sekiranya Bersatu mahu membawa isu enam Ahli Parlimen dan seorang Adun itu ke mahkamah bagi membolehkan kekosongan kerusi dilakukan, ia akan membawa kepada masa perbicaraan yang lama.

“Katakanlah Mahkamah Tinggi putuskan mereka gugur selepas setahun setengah. Ia ada proses di Mahkamah Rayuan pula. Mungkin memakan masa lapan bulan.

“Kemudian, Mahkamah Rayuan kata kosong pula dan ada satu lagi Mahkamah Persekutuan. Perkara ini akan mengambil masa beberapa tahun.

“Selepas tiga tahun usia Parlimen, kalau betul gugur, dia tidak boleh ada pilihan raya. Bersatu tak akan dapat kerusi itu dan Kerajaan Persekutuan mungkin akan melantik enam ahli Parlimen itu menjadi penyelaras di kawasan itu situ,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat