Intraday ‘Rompak’ Pavilion

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Filem Rompak melakar sejarah tersendiri apabila diterbitkan dengan memanfaatkan teknologi baru NFT (Non-Fungible Token) yang didokong oleh ribuan ahli komuniti yang menjadi pemegang NFT bagi filem ini.

Filem yang dibintangi Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlyyn, Niezam Zaidi, Siti Khadijah Halim, dan Chubb E ini bakal menjadi karya filem pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT.

Filem ini mengangkat tema isu penipuan dan ‘scam’ yang sering kali berlaku di kalangan masyarakat negara ini.

Filem yang diterbitkan secara bersama antara portal kewangan Intraday.my dengan syarikat produksi 4ward Pictures melangsungkan majlis tayangan perdana di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Pada masa sama berlangsung pelancaran iklan digital NFT 3D, runut bunyi lagu filem berkenaan berjudul Tragis dan juga treler filem.

Pelancaran ini mencipta sejarah tersendiri apabila disiarkan di papan iklan digital gergasi di pintu masuk pusat beli belah Pavilion dengan disaksikan ribuan pengunjung.

Sesuai dengan arus teknologi dunia masa kini, permintaan terhadap karya seni dalam bentuk NFT semakin meningkat dan penggunaan teknologi berasaskan ‘blockchain’ atau blok rantaian ini semakin mendapat perhatian ramai termasuk selebriti dan jenama terkemuka di dunia.

Produksi filem Rompak terbitan Intraday.my menjadi antara yang pertama memanfaatkan NFT dengan utiliti khas kepada pemiliknya dan bukti pemilikan NFT ini disimpan di dalam rantaian blok, menjadikannya “tidak boleh diubah” dan unik sehingga mempunyai nilai tersendiri yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

 

NFT Komuniti di tayangan perdana filem Rompak

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Moshed Mohamad berkata sudah tiba masanya NFT diterima dan diguna pakai di negara kita.

“Bayangkan ada sebuah karya seni digital yang mempunyai pesona dan tarikan tersendiri tiba-tiba tular dan menjadi perhatian ramai.

“Tapi kita tahu, karya digital sebegitu mudah saja ‘dicuri’ sesiapa dengan kepesatan teknologi sekarang. Ada saja pihak yang sewenang-wenang ‘merompak’ tanpa memberikan kredit atau maklumat sumber diperolehi.

“Jadi melalui penggunaan NFT itu, karya seni ini boleh dilindungi dan disifatkan sebagai aset yang ada nilai tersendiri,” kata Moshed.

Tambahnya, NFT membolehkan pelbagai masalah berbangkit seperti isu royalti yang sebelum ini mengundang perdebatan hebat.

Teknologi NFT menggabungkan banyak benda seperti sebuah pusat dagangan pasaran saham.

Jualan unit-unit NFT untuk filem Rompak sejak dilancarkan pada sesi ‘private sale’ pada januari lalu sehingga sekarang telah mencecah RM1 juta terkumpul. Kepada mereka yang ingin mendapatkan NFT filem Rompak boleh layari intradaynft.io sekarang. Filem Rompak akan ditayangkan di Astro First bermula 16 Jun 2022.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat